28 May 2008

Doktor Terkilan persoalkan gaji ditegur

Utusan Online

MERUJUK kepada surat yang diutuskan Doktor Terkilan dan Lagi Terkilan, saya kurang bersetuju dengan perkara ini. Sikap doktor tersebut menyebabkan saya sakit hati dan ingin saya memperbetulkan minda dan pemikiran doktor muda tersebut.

Tidak dinafikan bahawa bebanan kerja doktor muda (ataupun Houseman) memang terlalu tinggi kerana mereka berkhidmat di hospital-hospital besar. Namun jika mereka berbalik kepada tujuan asal mereka menjadi doktor, tidak sepatutnya timbul dalam pemikiran mereka tentang wang yang setimpal dengan kerja mereka.

Lagipun baru-baru ini kerajaan telah menggunakan langkah baru untuk meningkatkan lagi taraf dan memudahkan kenaikan pangkat doktor selepas houseman.

Tambahan lagi tidak sepatutnya Lagi Terkilan menyalahkan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dengan menyuruh pergi ke hospital swasta untuk dapat perkhidmatan yang baik. Tidak semua orang mampu untuk ke hospital swasta.

Tidak seperti hospital kerajaan, mereka hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan konsultansi, ujian-ujian klinikal, radiologi, dan ubat-ubatan.

Takkanlah untuk mendapatkan senyuman daripada seorang doktor pun kita perlu membayar berpuluh-puluh ringgit. Kita tidak sama dengan luar negara. Pesakit membayar untuk setiap kos perubatan mereka dan sebab itu doktor dibayar dengan gaji yang tinggi.

Jika wang dianggap sebagai pembakar semangat atau peningkat motivasi kepada pekerja, anda pergi kerja mana-mana pun, anda tidak akan puas dengan wang yang diperolehi.

Sikap ini tidak patut wujud oleh seorang doktor, tambahan lagi beliau adalah graduan luar negara, yang menyatakan tidak sabar-sabar untuk berkhidmat di sektor swasta atau luar negara. Sikap inilah yang telah menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap doktor.

Lagi Terkilan juga perlu tahu, mereka dapat gelaran doktor itu disebabkan biasiswa yang mereka perolehi daripada rakyat juga. Anda juga mendapat gelaran doktor kerana mereka mengendalikan nyawa.

GelaranTidak ada satu ijazah pun di dalam dunia yang memberi gelaran doktor kepada graduan kecuali yang berhadapan dengan nyawa dalam pekerjaan sama seperti doktor gigi dan juga verterinari. Lagi Terkilan janganlah menganggap doktor itu sebagai satu pekerjaan.

Saya teringat lagi kata-kata pensyarah saya yang merupakan pakar kardiologi menyatakan 'anggaplah menjadi doktor sebagai privillage kerana berhadapan dengan nyawa. Tidak semua orang diberi keistimewaan sebegitu. Jika anda menganggap ia sebagai satu kerja, anda akan mengalami tekanan yang teramat sangat.'

Tidak semua orang mampu bekerja tiga hari tanpa henti dalam satu minggu. Jika anda benar-benar ingin menjadi doktor yang ingin membantu dan merawat pesakit maka sepatutnya perkara sebegini tidak berbangkit.

Kerjaya anda baru sahaja hendak bermula. Kalaulah minda anda berfikiran tentang wang sejak dari mula, jelaslah profesion perubatan ini tidak sesuai dengan anda.

Cadangan saya pindahlah ke profession yang lain seperti bisnes.

11 comments:

Anonymous said...

saya sokong pendapat anda, banyak lagi kerjaya lain dalam perkhidmatan awam yang memperjuangkan nasib mereka untuk mendapatkan elaun-elaun contohnya elaun kritikal tetapi masih belum mendapat pertimbangan sewajarnya. bersyukurlah dengan apa yang dikurnakan kepada anda.

Anonymous said...

Saya sokong pendapat anda. Wang bukan segala2nya. Ingatlah tugas doktor adalah mulia selagi anda ikhlas.

Anonymous said...

Ya betul, kalau nak kerjaya dengan gaji yang lumayan, lebih baik pilih bidang lain. Nak jadi doktor bukan sebab gaji yang tinggi kan, tapi sebab passion yang tinggi untuk menjadi seorang doktor. Bukan senang nak jadi seorang doktor. Semua doktor adalah bijak pandai.

Anonymous said...

Salam, memang tak tahu lah doktor2 skang.. rata2 kerja baru jer start dah fikir gaji tinggi lumayan. Tambah-tambah dari oversea.. dapat biasiswa taknak balik. (Balik pun tak ikhlas) lepas tu kondem kerajaan). Setuju dgn pendapat di atas tu. Tengok dari segi sosial, boleh tahan jugak lah.. kehendak pun dah macam bisnesman berjaya.
Kebanggaan yang mereka perolehi adalah utn masyarakat, bukan utk ditawarkan dgn nilai wang semata2.
#terkilan dgn budak2 UCD & RCSI..balik lah..

Anonymous said...

komen2 di atas sume didasari dgn rase cemburu ke?atau hasad?xdpt jd doktor xyah condem doktor..ok?kami xberckp tanpe nilai

Anonymous said...

ape salahnya kalau terkilan tu tulis macam tu...memang betul pun ape yg dia ckp.memang doktor kerja yang mulia tapi doktor juga seorang manusia biasa...bukan minta gaji yang terover berbanding orang lain cuma biarlah sama dengan kesukaran mendapatnya....nak ambik medic course kena dapat result yg paling tinggi, pastu blajar bagai nak rak...cuti sikit,,,n then gaji basic same dengan gaji lulusan ijazah biasa yang hanya belajar 3 tahun...siapa yang tak rasa terkilan ...elaun rumah rm250 sama dengan pegawai lans koperal yang berkelulusan darjah 6...macam mane kami tak terkilan .....kerja kami ada hari kene keje sampai 33 jam...kami manusia biasa yang juga perlukan rehat seperti orang lain ....blhkah manusia bekerja dengan perfect jika dia telah melepasi batasan kemanusiaan

Anonymous said...

Memang wajarlah kalau doktor merungut gaji sikit sebab nak masuk U jurusan perubatan memang susah, belajar lagilah susah malah ada pelajar perubatan yang hampir bunuh diri kerana mengalami tekanan nak menghadapi peperiksaan belum lagi yang mengalami masalah tekanan jiwa. Kalau dapat pesakit yang cerewet lagi menyusahkan. Kalau setakat nak kerja jadi peniaga setakat tamat sekolah rendah je pun boleh asalkan rajin jadi sape2 yang tak tahu masalah tekanan menjadi doktor janganlah cakap banyak. Memanglah tujuan utama adalah merawat dan menyelamatkan pesakit tapi kalau dah belajar macam nak mati tapi gaji cipot je baiklah tak payah pelajar2 pilih jurusan perubatan.

Anonymous said...

Saya nak tanyalah saudara anuar_5986. Apakah pekerjaan anda sehingga anda berkata bahawa wang bukanlah segala-galanya.

Anonymous said...

Kalau saya membaca sbg org biasa, mungkin saya amat bersetuju dengan artikel di atas..tp realitinya sbg seorang doktor houseman di Malaysia, kami dilayan lebih hina dari amah di hospital. Sungguh, jadi jururawat pun layanannya lebih mulia. Adalah perkara biasa ditengking hina di depan pesakit dek doktor senior, walhal kesalahan itu tidaklah sebesar mana. Semua pihak mengharapkan kami berfungsi sebagai seorang doktor yang hebat tatkala kami bekerja teruk bersengkang mata melayan 50 pesakit di wad pada satu masa tanpa tidur beberapa hari. Benar, niat menjadi doktor haruslah ikhlas kerana Allah. Sememangnya ganjaran akhirat itu yg dinanti tapi ingatlah, kami bukan robot. Kami juga jatuh sakit, juga punya keluarga untuk diurus. Adakah wajar kami mengorbankan hidup kami sehingga ada sebilangan doktor sendiri yg tertekan hingga kurang waras dan gila? Wajarkah kami meluangkan hampir keseluruhan masa kami di hospital hingga rumah tangga bercerai-berai?
Sebagai seorang doktor yang menghabiskan masa sehingga 6 tahun untuk segulung ijazah, saya amat terkesan apabila seorang guru yg bergaji RM2700 mengeluh gaji mereka kurang dan tidak setimpal dengan beban. Benarlah manusia tak akan pernah merasa bersyukur sehingga segala nikmat itu ditarik balik olehNya.

Terkesan said...

Sekarang kalu ade sedara mara nk amik medic, tolong maklumkan bahawa kalau mereka ingin hidup yang berkualiti, masa utk berkeluarga dan tidur pada waktu yang tetap, lupakan hasrat utk menjadi doktor kerana kerja sebagai guru pon gaji dah cukup hebat sampai lagak mereka mengalahkan doktor. Tu pon rasa gaji x cukup and siap buat bisnes sana sini. Harap maklum ye bukan semua yg jadi doktor tu dpt biasiswa. Ade yg guna duit pinjaman dan terpaksa bayar balik RM250,000 lepas habis belajar, baru boleh pikir pasal hidup kami.

Kimi Rekonen said...

best ke jadi doktor ni?