30 April 2008

Bayaran elaun JPA ikut prosedur

Berita Harian

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) ingin merujuk surat daripada 'Warga Borneo, Cheras' bertajuk 'Agihan elaun gaji kena adil' pada 21 April lalu.

Untuk makluman, bantuan sara hidup (Cola) dibayar kepada pegawai di Semenanjung sebagai bantuan peningkatan kos sara hidup. Jumlah Cola adalah di antara RM100 hingga RM300 berdasarkan kawasan pegawai bertugas.

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang dibayar kepada pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung adalah berdasarkan peratusan gaji. Pegawai dari Semenanjung dan bertugas di Sabah dan Sarawak turut dibayar BIW yang juga dikategori bantuan sara hidup. Oleh kerana BIW berdasarkan peratusan gaji, jumlahnya bertambah dalam dua keadaan iaitu:

l Keputusan kerajaan melaksanakan kenaikan gaji berkuat kuasa pada 1 Julai 2007 meningkatkan jumlah BIW yang diterima pegawai; dan

l Kenaikan gaji tahunan yang dinikmati pegawai setiap tahun akan meningkatkan jumlah BIW pegawai.

Kaedah kenaikan BIW tidak berlaku kepada Cola yang kadarnya ditetapkan.

Bagi Elaun Perumahan Wilayah (EPW) pula, kadarnya ditentukan mengikut nilai purata kadar sewaan rumah berdasarkan kawasan yang diperakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. EPW dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah adalah satu bantuan dan bukan berdasarkan 'rent in lieu.' Pegawai yang tidak bertukar wilayah dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan dalam konteks ini, kadar EPW bagi kawasan Cheras dan Ampang adalah lebih tinggi daripada ITP.

JPA dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan kajian berhubung elaun dan kemudahan kepada pegawai perkhidmatan awam.

NIK NORAINI NIK YA,
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamaualikum wbt.
Tuan,

saya ingin bertanya tentan EPW, jika suami iteri dari semenanjung berkerja di bandar yang berbeza contoh Tawau dan Sandakan, adakah kedua-dua suami iteri layak mendapat EPW. Terima kasih atas respond awal pihak tuan.

Anonymous said...

nampak sangatlah pegawai jpa ni tak faham masalah penjawat awam borneo di semenanjung ni, persoalan besar si pengadu di atas tu ialah kenapa EPW penjawat awam semenanjung di borneo lebih besar menjangkau separuh daripada nilai EPW penjawat awam Borneo di Semenanjung misalnya RM400 di kl dan RM800 di sabah..sedangkan kos hidup di kl lebih tinggi jika nak banding dengan kos hidup di sabah. sudala korang dapat lagi elaun khas luar bandar elaun sara hidup..jawab ni jpa..

Anonymous said...

mengapa pegawai yang bertukar wilayah kerana mengikut suami/isteri tidak layak menerima epw sekiranya tinggal bersama suami/isteri di rumah yang diperuntukkan kerajaan.Ini tidak adil kerana seolah-olah memaksa pegawai mencari rumah sewa dan tidak dibenarkan menduduki rumah kerajaan.

PPABdS said...

anonymous... angap saja kita yang dari borneo adalah pendatang yang ada izin, jpa dan pengubal undang-undang faham yang itu saja. ...saya boleh dihubungi di ppabds@gmail.com

Anonymous said...

Saya adalah guru terlatih yang baru, saya ingin bertanya pasal elaun BIW dan EPW tu akan masuk automatik ke akaun kita klu kita berasal dr sabah/ Sarwak? atau kita kena buat permohoan untuk kedua2 elaun tu??

Sesiapa kat sini boleh tolong saya dengan memberitahu langkah2 utk dapatkan kedua2 elaun tu? Sebab saya masih kurang jelas pasal elaun2 yang patut kita dpt bg mereka yg diposting kat semenanjung dgn negeri asalnya sarawak..

miam said...

Adakah secara automatik akan dpt biw dan epw bila dah kerja di semenanjung......