28 April 2008

Teliti idea lanjut persaraan

Utusan Online

SEBAGAI penjawat awam, saya berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri kerana telah sudi melihat secara positif lima tuntutan Kongres Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Ia meliputi soal kenaikan elaun perumahan, pencen mengikut tempoh perkhidmatan, elaun kritikal kumpulan sokongan, kaji semula PTK dan umur bersara wajib dari 56 ke 60 tahun.

Walaupun tuntutan honorarium sebanyak RM2,000 ditolak oleh kerajaan, namun penjawat awam perlu bersyukur kerana kerajaan masih sudi melayan tuntutan mereka.

Saya harap kerajaan dapat menimbang semula cadangan melanjutkan umur bersara kerana kesannya amat besar.

Rata-rata kakitangan awam apabila mencapai umur 50-an mereka sudah masuk mood pencen, sekiranya ada kursus, seminar atau apa sahaja arahan baru bagi orang muda-muda, kami sudah nak pencen, itulah antara senario golongan prapencen.

Bayangkan seorang pekerja rendah awam (buruh, tukang kebun) terpaksa galas mesin rumput, potong pokok bunga, siram pokok, sapu sampah dan angkat tong sampah pada usia 60 tahun yang juga kebanyakan sudah menghidapi kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan berbagai-bagai penyakit lagi.

Pemandu ambulans yang berusia 60 tahun bekerja syif malam terpaksa bergegas ke tempat kemalangan pukul 3 pagi dengan mata rabunnya, tidur tak cukup, fikirkan adakah ia sesuai?

Seorang anggota polis pada usia 60 tahun, terpaksa melakukan tugas rondaan ber- jalan kaki (Bit) dengan lutut yang semakin lemah, mengiring orang tahanan (OKT) yang jauh lebih muda dan gagah.

Bagaimana polis hendak mengejar penjenayah pada usia 60 tahun, kebanyakan termengah-mengah. Pembantu am pejabat (budak pejabat) terpaksa naik turun tangga, berjalan dari pejabat ke pejabat, menunggang motosikal dari Putrajaya ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada usia 60 tahun, bayangkan adakah wajar?

Peluang golongan muda untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam semakin sukar, kalau dapat masuk pun pada usia lanjut sebab ibu dan bapa mereka belum bersara.

Saya berpendapat, tidak wajar dan tidak menguntungkan kerajaan menanggung kakitangan yang kurang produktif.

Adalah lebih baik melatih kakitangan muda yang bersemangat, bermotivasi dan mudah dibentuk.

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dahulunya diperjuangkan oleh CUEPACS tiba-tiba nak disemak.

Pada hemat saya PTK telah membawa kesan positif kepada kakitangan awam, di mana selama ini kakitangan lama (senior) yang sudah sah jawatan tidak pernah buka buku perintah am, pekeliling kemajuan per- khidmatan awam, arahan keselamatan terpaksa baca semula kerana nak duduki pe- periksaan PTK.

Sebelum PTK dilaksanakan kakitangan awam memang kurang prihatin dengan arahan-arahan kerajaan tetapi dengan adanya PTK mahu tak mahu kena belajar juga.

Lobi melobi juga kurang berlaku sejak perlaksanaan PTK.

Bukankah ini baik dan positif kepada kakitangan awam.

Ada penjawat awam semasa SSB tak per- nah dicalonkan untuk menegak melintang, tetapi lulus PTK aras IV dan dapat anjakan gaji di bawah SSM.

Diharapkan kerajaan mengkaji secara mendalam sebelum meluluskan umur persaraan dari 56 ke 60 tahun begitu juga de- ngan PTK yang memang terbukti lebih te- lus dalam pemberian anjakan gaji dan ke- naikan pangkat.

BASHARUDDIN HASHIM

Pendang,

Kedah

No comments: