07 February 2008

Pembantu Makmal C17 rayu diberi peluang naik pangkat

Berita Harian

LUAHAN pembaca, 'Tagih Saksama,' 'Fariz Ijaz' dan 'Terkilan Pahang' dalam ruangan ini baru-baru ini mengenai masalah dihadapi penjawat Gred 17 memerlukan perhatian dan penjelasan daripada pihak berkuasa. Saya ingin menarik perhatian mengenai kehilangan hak kenaikan pangkat dan kurang perhatian terhadap penjawat jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Kebanyakan Pembantu Makmal C17 adalah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang ditempatkan di sekolah dan institut perguruan di seluruh negara. Segala peluang kenaikan pangkat dan kebajikan bergantung kepada SPP.

Pembantu Makmal C17 yang berkhidmat lebih 10 tahun tidak pernah menerima tawaran kenaikan pangkat ke C22. Ujian Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) juga tidak diadakan. Kalau mengikut Takwim Peperiksaan Perkhidmatan Awam atau Kementerian Pelajaran, kami dapati tidak pernah ada peperiksaan KPSL C17 ke C22.

Ujian PTK kebanyakannya sudah lulus dan layak untuk kenaikan pangkat.

PEMBANTU MAKMAL C17
Merampong, Keningau, Sabah.

2 comments:

Anonymous said...

disokong 100% kerna selama ni pembantu makmal kurang diwar-warkan apa-apa kenaikan,imbuhan atau elauan tertentu yang bersesuaian dengan kerjaya pembantu makmal.

Anonymous said...

saya sokong pendapat ini kerana kerja pembantu makmal adalah lebih sukar contohnya kami yang ditempatkan di KPT , pembantu makmal perlu menjaga sekurangkan kurangnya 8 buah makmal dan beberapa buah bengkel ... dan segala imbuhan cth kenaikan pangkat pun kami x dapat maklumat