12 December 2006

Kenaikan gaji dipertimbang

Berita Harian 12 Disember 2006

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbang secara serius permohonan kenaikan gaji kakitangan yang dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kata Datuk Seri Najib Razak.

Cuepacs semalam dilaporkan meminta supaya kerajaan mengkaji semula dan menaikkan kadar gaji bagi kira-kira sejuta kakitangan awam di negara ini pada kadar antara 10 hingga 40 peratus.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata satu pasukan petugas dibentuk oleh kongres itu sedang mengkaji cadangan semakan gaji bagi memohon kenaikan berkenaan yang akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akhir bulan ini.Katanya, semakan dan kenaikan kadar gaji kakitangan itu perlu kerana kali terakhir ia dibuat pada pada 1992 dan mereka kini menghadapi masalah berikutan kenaikan kos sara hidup.


Tuntutan demi tuntutan diberikan kepada pihak kerajaan bagi kenaikan gaji. Tentunya kakitangan awam amat mengharapkan kenaikan tersebut bagi membantu di dalam kehidupan seharian.

Walaubagaimanapun, kakitangan awam juga perlu memberikan perkhidmatan yang kompetitif dan produktif kepada masyarakat agar selari dengan kenaikan yang dipohon.

No comments: