13 December 2006

Guru Naik Pangkat

Berita Harian, 12 Dis 2006

KEMENTERIAN Pelajaran membuka peluang memohon kenaikan pangkat sebagai pengetua baru di sekolah kepada guru berkelayakan, mulai tahun ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Zulkurnain Awang, berkata ia bermakna pertimbangan lantikan pengetua baru tidak lagi terbatas kepada faktor kekananan calon semata-mata.Katanya, pendekatan itu adalah langkah proaktif kementerian berbanding sehingga tahun lalu di mana jawatan terbabit hanya diisi secara penawaran kepada mereka yang sudah memasuki zon kekananan tertentu dalam perkhidmatan pendidikan.
----------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya langkah ini merupakan langkah yang telah lama ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh para guru-guru tetapi juga oleh sebahagian besar kakitangan awam. Isu kenaikan pangkat memang satu isu yang dipandang dengan teliti oleh semua kakitangan awam.
Sebelum ini sememangnya telah berkali-kali pihak berkenaan memaklumkan kepada media bahawa kenaikan pangkat kakitangan awam tidak bergantung kepada kekananan (seniority) tetapi kepada kemampuan.
Namun, semua tahu itu hanyalah pemanis bicara. Apa yang berlaku sebenarnya ialah faktor kekananan itu yang merupakan perkara utama di dalam menapis calon-calon yang berkelayakan. Kemudian barulah faktor kemampuan diambil kira beserta dengan faktor lain seperti Peperiksaan PTK, Prestasi Tahunan dan sebagainya.
Ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada prestasi kerja kakitangan di Jabatan/Unit berkenaan tetapi juga kepada seluruh organisasi tersebut. Seterusnya kita berharap langkah proaktif MOE untuk melaksanakan tindakan sebegini akan membantu pihak-pihak berkenaan membuat kajian mengenai sistem kenaikan pangkat yang diamalkan sekarang.

No comments: