Showing posts with label MTUC. Show all posts
Showing posts with label MTUC. Show all posts

14 December 2008

Gantian cuti rehat 150 hari

PUTRAJAYA 12 Dis. – Bermula tahun depan, kakitangan awam boleh mengumpulkan cuti Gantian Cuti Rehat (GCR) atau ‘golden handshake’ sehingga 150 hari, pertambahan sebanyak 30 hari berbanding 120 hari sekarang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

* Pada masa ini, kakitangan awam menikmati Gantian Cuti Rehat sebanyak 120 hari.

* Satu keputusan yang baik walaupun dalam masa yang sama kerajaan menetapkan mulai Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru akan dikurangkan lima hari

* GCR merupakan cuti tahunan yang dikumpulkan bagi digantikan dengan wang apabila seseorang kakitangan awam itu bersara.

* Ketika ini, kakitangan awam boleh mengumpulkan maksimum 15 hari cuti tahunan mereka dalam setahun untuk dimasukkan dalam skim itu.

* Katanya, ia bagi meningkatkan produktiviti sektor awam, sejajar dengan peranan sektor itu sebagai nadi utama pembangunan negara.

* MTUC anggap tidak rasional dan tidak sepatutnya dilaksanakan.

* Keputusan berkenaan yang dilihat lebih merugikan kakitangan awam.

* Kebajikan yang sedia ada untuk kakitangan awam sepatutnya tidak boleh dikurangkan. Kerajaan seharusnya bertindak mempertingkatkan kebajikan pihak berkenaan dan bukannya mengurangkan cuti tahunan mereka.

09 May 2007

Harap kenaikan gaji ikut cadangan CUEPACS

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kesatuan sekerja yang menyambut baik pengesahan kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, berharap ia mengikut cadangan yang dikemukakan CUEPACS.

CUEPACS dalam memorandumnya kepada Perdana Menteri Januari lalu meminta kenaikan gaji 10 hingga 40 peratus bagi 1.2 juta kakitangan awam mengikut kumpulan gred.

Presiden CUEPACS Omar Osman berharap kerajaan akan memanggil kongres itu untuk berbincang jika terdapat pindaan yang ketara sebelum pengumuman dibuat yang dijangkakannya dalam bulan ini juga.

“CUEPACS berharap semakan kenaikan gaji 40 peratus untuk Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) dapat dikekalkan kerana jika ia dikurangkan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang besar perbezaaan gaji tidak tercapai,” katanya dalam reaksi beliau terhadap pengesahan Abdullah itu hari ini.

Beliau menegaskan sekali lagi bahawa CUEPACS terpaksa menolak jika permintaan kenaikan itu diturunkan kerajaan hingga ke garis minimum.

Perdana Menteri semalam berkata, gaji kakitangan awam akan dinaikkan tetapi peratusannya berbeza antara pegawai kanan dengan kakitangan rendah bagi memastikan jurang perbezaannya tidak begitu ketara.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud turut berharap pengumuman yang bakal dibuat benar-benar mencerminkan kenaikan yang boleh dibanggakan.

“Jika kerajaan memenuhi kenaikan sebanyak antara 10 hingga 40 peratus oleh CUEPACS, ini bukan sahaja menggembirakan kakitangan awam tetapi juga ahli keluarga mereka kerana ia memberi kesan yang baik,” katanya.

Signifikan

Beliau berharap kenaikan itu akan menjadi signifikan kepada kakitangan awam iaitu dapat membantu mereka menghadapi kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita harap kenaikan itu dapat mengatasi perubahan hidup bagi pekerja yang berpendapatan rendah dan ada lebihan untuk mereka menabung untuk hari tua di samping menampung perbelanjaan kecemasan seperti perubatan,” katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air, Muslim Ismail yang menyambut baik perhatian yang diberikan Perdana Menteri itu berharap formula kenaikan gaji bagi kakitangan kumpulan rendah akan memuaskan hati mereka.

“Kami berharap jurang perbezaan dengan kumpulan pegawai tinggi tidak jauh sangat,” katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) A. Munian turut mengalu-alukan khabar gembira daripada Perdana Menteri sendiri.

Beliau berkata, kakitangan rendah DBKL selama ini dibebani kos hidup yang tinggi sehingga ada antara mereka bekerja sambilan sebagai pemandu teksi dan pengawal keselamatan.

“Kami cuma berharap kenaikan itu berpatutan dan jangan terlalu rendah daripada tuntutan 40 peratus. Selain itu kami juga berharap kenaikan gaji ini akan meningkatkan produktiviti pekerja,” katanya.

– Bernama

Unions laud pay rise announcement

The Star


KUALA LUMPUR: Employees unions have reacted positively to the announcement by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi of an imminent salary increase for civil servants but said they hoped that the Government would stick to the Cuepacs’ recommendations on the quantum of increase.

Cuepacs had proposed in a memorandum handed over to the Government on Jan 11 that the Government make a salary revision of between 10% and 40% according to grade, with 40% for the lowest category of employees or Support Group II, 30% for Support Group I, 20% for the Management and Professional Group and 10% for the Premier Grade (Jusa).

Cuepacs president Omar Osman, who said he was convinced the Government would announce the salary increase this month, said he hoped that the Government, before making the announcement, would call it for discussions should drastic changes be made to its proposal.

Abdullah had said on Monday that the Government would raise the salaries of its estimated 1.2 million civil servants and that the disparity in the salaries of high and low-ranking employees would be taken into account in determining the pay increase formula.

The Cuepacs’ memorandum had demanded that the disparity in the salaries between the two groups of employees should not be too drastic, Omar said.

Malaysian Trades Union Congress (MTUC) president Syed Shahir Syed Mohamud said the MTUC welcomed the Prime Minister’s statement.

“We hope the coming announcement will reflect a salary increase that we can be proud of. If the Government fulfils the salary increase of between 10% and 40% sought by Cuepacs, it would have a positive impact not only on civil servants but also on their families,” he said.

“We hope the salary rise will help the low-income workers adjust to the cost of living and enable them invest for the future and meet emergency expenses such as medical fees,” he said.

National Union of Public Works and Water Works Employees secretary-general Muslim Ismail, in welcoming the Prime Minister’s announcement, said he hoped that the pay increase formula for the low-income group would be to their satisfaction. – Bernama


30 April 2007

Cuepacs masih harap ‘kejutan’

Sumber : Berita Harian

Kesatuan yakin Perdana Menteri umum kenaikan gaji pada pertemuan 21 Mei

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji, umur persaraan, gaji minimum dan persaingan dengan pekerja asing antara isu yang akan akan terus dituntut dua kesatuan sekerja menjelang sambutan Hari Pekerja Isnin ini.
Cuepacs seperti yang dilaungkan sejak dua bulan lalu, mengharapkan kerajaan mengumumkan kenaikan gaji bagi kakitangannya dan gaji minimum yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau percaya perhimpunan kakitangan awam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 21 Mei nanti akan membawa “kejutan” membabitkan gaji kakitangan awam.
“Kita sudah nampak ada kecenderungan kerajaan memberi kenaikan gaji antara lima hingga 40 peratus kepada kakitangan awam, begitu juga dengan penetapan gaji minimum RM900 seperti yang dituntut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau ditanya harapan sempena sambutan Hari Pekerja esok.
Difahamkan Cuepacs akan mengadakan perhimpunan yang mengumpulkan kira-kira 300 ahli kongres dan wakil negeri di ibu pejabatnya di sini. Cuepacs memohon kenaikan gaji 30 peratus bagi Gred 17 hingga 40, 20 peratus (Gred 41 hingga 54) serta lima hingga 10 peratus (Jawatan Utama Sektor Awam).
Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam ialah pada 1992.Cuepacs juga masih berbincang dengan kerajaan mengenai skim Faedah Pencen Bercarum (SFPB) bagi memastikan setiap kakitangan yang menyertai SFPB mendapat pulangan tidak kurang RM250,000 hingga RM300,000 apabila bersara.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menetapkan lima sasaran utama menjelang Hari Pekerja esok, hubungan pekerja dan majikan serta kerajaan bertambah baik; kualiti pekerja bertambah, penyelesaian masalah pekerja dan majikan di meja rundingan; penetapan gaji minimum dan latihan serta keselamatan pekerja. Mohd Shafie BP Mammal berkata, MTUC mengharapkan pengumuman penting dibuat kerajaan sempena Hari Pekerja, esok.
Beliau berkata, kerajaan banyak mendengar tuntutan kakitangan awam dengan memberi pelbagai insentif, elaun dan ganjaran.“Kakitangan swasta nampaknya belum mendapat apa yang diperoleh kakitangan kerajaan. Kita berharap kerajaan mendesak majikan memberikan elaun kos sara hidup (Cola).
Kita juga mahu kerajaan menetapkan gaji minimum supaya pekerja tempatan tidak perlu bersaing dengan pekerja asing,” katanya.Mohd Shafie berkata, MTUC juga bersetuju sebarang tuntutan yang mahu dibuat tidak lagi menerusi piket atau tunjuk perasaan tetapi menerusi meja rundingan.“Kita percaya tuntutan menerusi piket tidak dapat menyelesaikan masalah,” katanya.