Pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Selangor belum muktamad: MB
Berita Harian
SHAH ALAM: Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari depan seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini, belum lagi muktamad.
Dalam satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar Selangor sebentar tadi berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor, Rabu ini berhubung tiga nama yang dihantar sebelum ini.
Pagi ini, Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan mengumumkan Mohd Khusrin, 54, yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.
Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.
Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.
Mohd Sidek berkata, pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
1 comment:
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks
Post a Comment