Imbuhan RM500 hanya gimik politik pembangkang
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan tawaran imbuhan khas pendidik RM500 setiap bulan yang dibuat pembangkang sebagai tidak masuk akal dan ia sekadar gimik politik semata-mata.
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jumlah dijanjikan itu luar biasa kerana pembangkang perlu RM215 juta setiap bulan dan RM2.58 bilion setahun untuk menyalurkan imbuhan kepada kira-kira 430,000 guru di seluruh negara.

“Pada saya amat tidak munasabah janji ditawarkan pembangkang... sangat tidak logik. Ia memang sukar dilaksanakan. Bagi pendidik ia tawaran lumayan tetapi saya kira ia mustahil dilaksanakan dan tidak lebih daripada janji politik saja.
“Selain itu, akan timbul persoalan kenapa hanya pendidik yang layak menerima imbuhan itu sedangkan penjawat awam lain juga sepatutnya menerima imbuhan sama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Minggu lalu, pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang mengemukakan Program 100 Hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk imbuhan perguruan RM500 sebulan.
Sambil melihat tawaran pembangkang tidak munasabah, Hashim sebaliknya mencadangkan kerajaan menyelaras elaun kos sara hidup (COLA) kepada RM300 untuk 1.24 juta penjawat awam termasuk dalam bidang perguruan.
Katanya, COLA yang sebelum ini diberikan kepada penjawat awam mengikut kawasan perkhidmatan perlu dikaji semula berikutan kenaikan kos sara hidup.
3 comments:
Their assignment writers across the globe are well trained in their chosen field of study which reflects in multiple offer. Write My Economics Homework It is important to choose the best one among the many.
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks
the promise offered by the opposition is very unreasonable. Write My Essay It is indeed difficult to implement. For educators it is a lucrative offer but I think it is impossible to implement and nothing more than a political promise.
Post a Comment