13 May 2009

Kementerian Pelajaran tak manfaat kebolehan, skil guru sarjana, PhD

Berita Harian

KEBELAKANGAN ini semakin ramai guru mengambil inisiatif sendiri melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD) secara separuh masa atau luar kampus.

Kecenderungan golongan guru ini untuk memajukan diri sendiri amat dipuji seiring dengan peranan sekolah sebagai institusi keilmuan. Usaha ini memerlukan pengorbanan bukan sedikit selain menuntut perjuangan dan kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakan tugasan di sekolah dan masa bersama keluarga. Tanggungjawab akademik di dewan kuliah memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit yang besar.

Namun, amat mengecewakan usaha dan kesungguhan mereka untuk meningkatkan tahap keilmuan mereka ini dipandang sepi oleh pihak Kementerian Pelajaran. Saya melihat kemahiran guru yang mempunyai pendidikan peringkat sarjana dan PhD tidak dimanfaatkan oleh kementerian.

Merekalah yang mengajar di kelas peralihan dan menengah rendah sama rutin dengan guru lain setiap hari. Ini satu kerugian besar kepada modal insan, selain menyebabkan kesarjanaan dan tahap keilmuan mereka akan semakin pudar dan hilang begitu saja.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku, saya mencadangkan beberapa langkah yang dirasakan wajar diambil kementerian bagi faedah bersama:

  • Guru sarjana atau PhD mesti menghadiri sekurang-kurangnya tiga seminar akademik dalam setahun yang dianjurkan kementerian atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta di dalam atau di luar negara. Input yang diperoleh daripada seminar itu mesti dikongsi dengan guru ketika Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan.

    Rasionalnya ialah golongan pendidik ini perlu didedahkan dengan maklumat baru di dalam kajian ilmiah supaya tahap ilmu mereka lebih berkembang dan mereka tidak muflis ilmu.

  • Mereka juga perlu menyediakan hasil kajian tindakan di dalam bilik darjah untuk dibentangkan di seminar kajian tindakan pada peringkat daerah atau negeri yang dianjurkan kementerian. Golongan ini mampu menggarap idea dengan lebih berkesan. Kemahiran penyelidikan mereka juga adalah lebih baik berbanding guru lain. Selain itu, ia juga latihan akademik yang baik untuk meningkatkan tahap kemahiran penyelidikan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan peralatan seperti laptop dan lain-lain kemudahan untuk melakukan penyelidikan itu.

  • Guru ini dihantar mengajar pada waktu cuti sekolah di Kolej Komuniti, Matrikulasi dan Politeknik melalui program pertukaran kemahiran dengan pensyarah supaya kemahiran pengajaran dan pembelajaran mereka meningkat. Ini juga sebagai persediaan awal jika guru ini dinaikkan pangkat untuk mengajar di institusi pendidikan guru atau IPT.

  • Gred gaji atau pangkat mereka perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya satu kenaikan supaya untuk menggalakkan lebih ramai guru melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi. Guru yang melepasi syarat yang dinyatakan itu diberi elaun khas sebagai galakan kepada mereka.

    Bagi saya, langkah ini adalah usaha positif yang perlu diambil kementerian untuk memartabatkan profesion perguruan selaras dengan matlamat PIPP 2006-2010.

    ABU SYIFA'
    Bagan Serai,
    Perak.

  • 6 comments:

    Anonymous said...

    wahai cik abu shifa bersyukurlah kami dijawatan yg nak belajar lagi kena bayar sendiri,bukannya macam cikgu ada program 14 minggu lah,time based lar macam-macam faedah,,,,nak apa lagi asyik cikgu je dapat faedah,nanti bukannya menyokong kerajaan pun,,,banyak yg secara terang-terang ahli pkr & pas tapi nak untung kat dia je lebih

    Anonymous said...

    NAK FAEDAH DARI KERAJAAN TAPI KEBANYAKAN GURU JADI PEMBANGKANG SECARA SENYAP,KITA BAGI MADU DIBALAS TUBA..bila dah jiwa tu pembangkang memang susah nak makan nasihat asyik dia je betul

    Anonymous said...

    Bro.... Sekolah tak perlukan guru Sarjana / PhD... KPM pun tak suruh lu orang upgrade diri... HLP yg diberi sebagai hadiah pada guru2 yg mematuhi syarat... Kalau dah keluar duit sendiri... minta loan Bank Rakyat, Bank Islam ... terima jelah... Nak ganjaran tambahan payahlah.... Benar juga majoriti guru adalah penyokong pembangkang... So... kalau tak puas hati , letak jawatan... kerja dgn pembangkang saja.... Hati pun senang... Mintalah kenaikan gaji sampai 5 kenaikan pun boleh dapat... Jgn marah ya... Serius sangat, pelajar pun naik boring... Cikgu... cikgu.... syok sendiri rupanya ya..

    Anonymous said...

    apa la korang nie...ahli PAS ker PKR, dioarang tetap RAKYAT MALAYSIA.Bila diaorang kerja, layak di beri gaji..KERAJAAN hanya melaksanakan amanah rakyat jer..abis kalau korang sokong UMNO-BN tu dah bagus ker?? Kebetulan jer negara kita tak pernah di perintah oleh selain PAS/PKR..

    Anonymous said...

    Ini smua cakap orang otak sempit. Tak tau erti demokrasi. Pemerintah ke, pembangkang ke itu lah yang membentuk demokrasi. Kalau tak, kita ni komunis!

    Anonymous said...

    Apalah korang ni? Tak bangga ka ada cikgu sarjana atau doktor falsafah yang mengajar anak korang.Patutlah orang Malaysia tak dapat maju.