01 December 2008

Abim: Teruskan usaha martabat profesyen guru

MKini

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap agar usaha Allahyarham Datuk Razali Ismail dalam memartabatkan profesyen perguruan di negara ini akan diteruskan.

Ini dapat dilihat melalui penambahan institusi perguruan dan komitmen timbalan menteri pelajaran itu meningkatkan kualiti serta keterampilan di kalangan guru, kata Timbalan Presiden Abim, Dr Mohd Farid Mohd Shahran.

razali ismailAbim juga, katanya, menyifatkan pemergian Razali (foto) sebagai satu kehilangan besar kepada bidang pendidikan negara.

"Abim juga menghargai komitmen Allahyarham untuk menjana kecemerlangan di kalangan pelajar secara holistik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ia selari dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan pembentukan pelajar yang tidak sahaja cemerlang dalam aspek pencapaian akademik, bahkan mempunyai keterampilan sahsiah peribadi yang tinggi.

"Ini termasuk menubuhkan Majlis Permuafakatan Pendidikan (MPP) di setiap daerah sebagai salah satu usaha membanteras segala sosial yang semakin menukar di kalangan pelajar pada hari ini.

"Abim mengharapkan agar usaha-usaha murni tersebut dapat diteruskan dan dipertahankan oleh sesiapa sahaja yang bakal menggantikan tempat beliau nanti," tambahnya.

No comments: