25 September 2008

Ibrahim Jaapar dilantik Ketua Pengarah Kastam

Utusan Online

KUALA LUMPUR 25 Sept. — Datuk Ibrahim Jaapar, Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang bersara Mei lepas, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam menggantikan Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pelantikan Ibrahim berkuatkuasa 3 Oktober bagi tempoh dua tahun.

Katanya, pelantikan Ibrahim berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepimpinan beliau yang selari dengan perkembangan semasa dan hala tuju Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab memungut hasil negara.

“Ini meliputi pelbagai pembaharuan dan perubahan budaya kerja terutamanya untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dan membentuk kepuasan bekerja di kalangan warga Kastam,” kata Sidek. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu kenapa ketua pengarah yang lama, Datuk Rahman Hamid tu, masih buat statement lagi di utusan hari nih, walaupun dah bersara...ini salah nih, perlu disiasat

Unknown said...

erm..itu no comment..tapi semua warga kastam gembira sakan sbb dato' ij jadik kp n dato' rahman bersara..