28 January 2008

Kerajaan Malaysia keenam paling cekap di dunia

Utusan Online

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam terbaik di dunia berbanding tempat kelapan pada tahun 2000, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, Perdana Menteri berkata, Malaysia yang tergolong dalam negara-negara mempunyai 20 juta penduduk atau lebih mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

“Di atas kita ialah China, Kanada, USA, India dan Taiwan,” katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di sini hari ini. - Bernama

No comments: