Kakitangan Wisma Darulaman 'cenge'
Berita Harian
BERDASARKAN pengamatan dan pengalaman berurusan di Wisma Darulaman, Alor Star, saya dapati ada urusan pentadbiran yang perlu diperbaiki.
Apa yang dikesalkan layanan kepada mereka yang berurusan tidak mencerminkan kualiti dan status tempat berkenaan. Didapati ada segelintir pegawai yang berurusan dan menerima tetamu, tidak senyum dan melayan dengan mesra, malah pegawai yang bertanggungjawab pula sukar ditemui.
Adalah biasa untuk menunggu lama untuk berjumpa seseorang pegawai dan kita dibiarkan tanpa sebarang makluman ketika menunggu.
Dalam satu kejadian, seorang wanita Inggeris dibiarkan terkial-kial ketika cuba menemui seorang pegawai. Sepatutnya layanan segera khususnya kepada mereka yang datang dari jauh perlu disegerakan demi kepuasan pelanggan.
Saya berasakan budaya kerja pegawai di wisma itu perlu diubah dan menganggap setiap yang hadir perlu diselesaikan urusan mereka seberapa segera tanpa perlu menunggu 'seperti buah yang tidak gugur'. Malah, apa yang dikesalkan ialah kita dibiarkan tertanya-tanya bilakah boleh berjumpa pegawai dan tidak dimaklumkan sama ada kita berpeluang berjumpa pegawai berkenaan atau sebaliknya.
Malahan, dengan temujanji yang diberikan, kita masih tidak berpeluang berjumpa atau dimaklumkan semula pegawai berkenaan.
TEROPONG KECIL,
Alor Star, Kedah
No comments:
Post a Comment