29 January 2008

Kakitangan awam tak boleh khianati kerajaan

Berita Harian

SISTEM kemasukan pelbagai dalam pelantikan jawatan awam sektor kerajaan dapat menarik dan mengekalkan kakitangan, bahkan mengoptimumkan perkhidmatan berikutan hasrat kerajaan untuk memastikan mereka yang berminat dan berbakat menjadi penjawat terbaik dalam perkhidmatan awam.

Pelantikan pegawai kanan kini hanya diisi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akan dibuka kepada anggota perkhidmatan awam lain seperti perkhidmatan perguruan, teknikal, tentera dan polis agar disepadukan keupayaan pengurusan dengan kepakaran, pengetahuan dan bakat masing-masing. Apa lagi penggemblengan pengalaman, kelayakan dan kemahiran menjadi petanda aras kualiti.

Pegangan nilai dan modal insan menjadi teras membasmi gejala buruk seperti rasuah dan penyelewengan dalam khidmat awam. Elemen bakat, pengetahuan, minat dan sikap, malah kepakaran baru diperlukan, pelan latihan insentif, skim perkhidmatan dan strategi pengambilan serta pelantikan yang lebih pragmatik.

Malah, moto Perkhidmatan Awam, ‘Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian’ untuk memperkasakan institusi perkhidmatan pada semua 28 kementerian, lebih 720 agensi dan 144 pihak berkuasa tempatan (PBT) di 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Proses menunaikan janji kerajaan ke arah mewujudkan satu perkhidmatan cemerlang berteraskan pelanggan. Untuk tujuan murni itu enam tugas utama:

Perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penguatkuasaan dan kajian semula.

  • Mengupayakan anggota perkhidmatan awam dengan sikap betul dan berkemahiran.

  • Menambah baik penyampaian.

  • Perkhidmatan berkualiti menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

  • Usaha ke arah membasmi kemiskinan.
  • Memupuk perkongsian berkesan dengan pihak berkepentingan.

    Anggota perkhidmatan awam, berjumlah 1.2 juta dengan nisbah 26 warga negara untuk setiap penjawat awam menjadi kewajipan mereka dan harapan rakyat agar digerakkan bersama-sama ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

    Kakitangan awam diingatkan tidak mengabaikan tugas sehingga menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, sekali gus rakyat menolak propaganda dalam pilihan raya umum akan datang. Lagipun, kakitangan awam mesti melaksanakan tugas kerana mereka dibayar dan dituntut berbakti kepada rakyat. Meskipun potong rumput, susun fail, sapu sampah dan cuci longkang atau audit wang, pentadbir dan penyelia jalan, yang rosak dan bermasalah mesti diperbaiki.

    Mana-mana kakitangan yang enggan menerima dan memberi kerjasama atau terbabit dalam perniagaan wajar meletak jawatan. Bahkan, pegawai mengurus dan berkerja untuk kepentingan diri atau melakukan kerja sendirian tanpa kolektif dalam organisasi sekali gus penyelewengan dan rasuah wajar diambil tindakan.

    ZULKEFLEE YAACOB,
    Kota Bharu, Kelantan.
  • No comments: