22 July 2010

Bekas KSN: KM tak sepatutnya gaduh

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sepatutnya tidak bergaduh dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus di khalayak umum, menurut Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed berkata prosedur yang baik untuk Lim ialah dengan melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Ketua Setiausaha Negara (KSN) jika beliau tidak berpuas hati dengan pencapaian pegawai berkenaan dan memintanya untuk dipindahkan.

Sallehuddin, yang juga bekas KSN, berkata: "Kita percaya bahawa SDO itu, sebagai seorang pegawai awam yang sangat kanan, memang menyedari sepenuhnya kod etika perkhidmatan awam yang baik.

"Dalam kes ini, beliau mestilah dengan sangat marah di khalayak awam berikutan dengan kekecewaan yang sangat dan provokasi yang dilaporkan dalam akhbar."

Sallehuddin berkata persatuan itu memandang berat pergaduhan antara Ketua Menteri dan SDO Pulau Pinang yang dilaporkan dalam akhbar sejak seminggu lalu.

Beliau mengulas ketegangan antara Lim dan Nik Ali di mana Ketua Menteri itu didakwa telah membuat beberapa kenyataan mengkritik SDO tersebut berhubung antara lain isu perlombongan pasir di Balik Pulau.

"Sebagai kakitangan yang telah bersara yang telah berkhidmat pada kadar lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan sesetengah telah menjawat jawatan tertinggi dalam sektor awam, kita tahu bahawa ada prosedur dan prinsip tingkah laku kakitangan awam yang perlu dipatuhi.

"Salah satu prinsip ialah kakitangan awam diharap memberikan khidmatnya dengan kerajaan pada masa itu, dengan mana-mana parti politik yang berkuasa.

"Sehubungan itu, dalam konteks situasi di Pulau Pinang, adalah menjadi tanggungjawab semua kakitangan awam, termasuk pegawai persekutuan, di sana untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri," katanya

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

testing