23 March 2010

Lebih Ramai Penjawat Awam Berpeluang Dalami Ilmu Undang-Undang - Ismail

BANGI, 23 Mac (Bernama) -- Lebih ramai penjawat awam yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan berpeluang mendalami ilmu undang-undang dalam usaha kerajaan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan lebih banyak kursus berikutan sambutan mengalakkan yang diterima daripada pejawat awam untuk mengikuti dua kursus penguatkuasaan undang-undang yang diadakan tahun lepas.

"Memandangkan banyak permohonan yang diterima, JPA akan kaji perkara itu dan mungkin lebih banyak kursus akan diadakan pada masa depan menerusi kerjasama dengan universiti tempatan lain selain Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Ismail berkata kursus yang julung kali diadakan itu khas kepada penjawat awam yang tidak berkelulusan undang-undang dan terbuka untuk semua tanpa mengira pangkat.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan diploma kepada peserta kursus Diploma Eksekutif Undang-Undang Penguatkuasaan dan 'Sijil Eksekutif Undang-Undang Penguatkuasaan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Jabatan Perdana Menteri.

Kursus yang diadakan dengan kerjasama ILKAP dan UiTM itu disertai 27 peserta peringkat diploma dan 19 peserta peringkat sijil.

-- BERNAMA

4 comments:

ezaitie said...

salam,

saya nak tumpang tny dalam proses untuk kenaikan pangkat misalanya dari N 17 ke N 27 melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) boleh ke mengunakan Diploma Eksekutif dalam pelbagai bidang selain undang-undang?

Anonymous said...

Wasalam.... Diploma Eksekutif daripada UiTM boleh digunakan untuk kenaikan pangkat atau kena menduduki peperiksaan tertentu untuk melayakan mendapat kenaikan pangkat....sekian

Adam Nuraiman Hakim Abdullah said...

Salam
Bagaimana hendak memohon kursus tersebut? Full time or pjj or part-time?

Adam Nuraiman Hakim Abdullah said...

Salam
Bagaimana hendak memohon kursus tersebut? Full time or pjj or part-time?