Naikkan pangkat kakitangan berijazah kategori sokongan
SAYA ingin menarik perhatian kepada pihak kerajaan khususnya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) amnya bahawa masih ada lagi segelintir kakitangan mempunyai ijazah atau ijazah sarjana tetapi masih berada dalam kategori sokongan.
Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam kerjaya mereka. Mereka berusaha melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan berusaha meningkatkan kerjaya dan taraf hidup.
Namun begitu, bukan mudah untuk menggenggam segulung ijazah. Banyak kekangan harus dihadapi dengan masalah kewangan, kerjaya dan keluarga yang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.
Mereka juga menghadapi masalah hutang yang sehingga kini gaji dipotong untuk menjelaskan baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selepas berjaya 'menyimpan' sekeping ijazah yang hampir 10 tahun, mereka masih gagal dinaikkan pangkat ke jawatan di peringkat pengurusan dan profesional.
Mereka gagal ditempatkan di mana-mana jabatan tempat mereka bekerja walau setiap tahun ada saja jawatan kosong yang diiklankan dan mereka sentiasa dipanggil untuk ditemuduga.
Kegagalan mereka bukan kerana tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan. Kegagalan mereka bukan kerana prestasi kerja yang rendah, malah setiap tahun memperoleh penilaian prestasi cemerlang, mereka menghadiri banyak kursus dan lulus peperiksaan penilaian tahap kecekapan.
Kami terdiri daripada golongan yang amat terkilan dan kami amat berharap kepada kerajaan khasnya dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Berilah kami peluang, berikanlah kejayaan kepada kami yang segelintir ini, berkhidmat di tempat masing-masing.
Walaupun ijazah yang diperoleh di luar bidang tetapi pengalaman berkhidmat lebih 20 tahun dapat dimanfaatkan di jabatan tempat kami menjalankan tugas.
YANG MENARUH HARAPAN,
Selangor Darul Ehsan.
3 comments:
hmmmm ..
betul la tu ..
entah mana silapnya ..
tak naik2 pangkat ..
siap ada kuota bagai
kalau ada kekosongan, bagila kump sokongan ni naik pangkat. kalau tak ada kosong jawatan, nak buat macam mana? Kerajaan buatla apa2 yang patut tp jgn pula teraniaya graduan ijazah yang sedia ada dalam pasaran yang masih menganggur ini. Musim anggur ni menjadi2 skrg ni tp tak ada orang nak beli, sbb apa yek?
patut nye antar le rayuan ni dkat website one malaysia ...nnti manelah tau dato sri najib peka n pertimbangkan rayuan kita..
saya pon same gak...ada degree cgpa lpas 3.00 ..tp saya masih di jawatan gred 17 dan byk pegi inteview gred 41, tp x dpt2 lg...sedih gak saya pikir nasib saya ni spt anda juga...hutang blaja saya byk plus kos hidup..blom ujong bln slalu gak duit dah kering....sedih..
Post a Comment