13 July 2009

Kerajaan pertimbang beri elaun khas komando

Utusan Online

MERSING 13 Julai - Kementerian Pertahanan mempertimbangkan untuk memberikan elaun khas kepada anggota komando sebagai menghargai kebolehan unit tersebut sekaligus mempertingkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu yang menumpukan kebajikan para anggota komando akan dibawa ke kabinet bagi mendapatkan maklum balas.

“Saya menghargai kemahiran pasukan elit ini yang merangkumi Pasukan Khas Laut (Paskal), Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Gerak Khas.

“Saya fikir wajar dipertimbangkan pemberian elaun khas supaya ia setimpal dengan ahli profesional lain walaupun kerajaan telah memberikan elaun kepada anggota komando sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah beret hijau kehormat Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, di sini, hari ini.

- BERNAMA

No comments: