28 May 2009

CUEPACS abaikan lulusan universiti

Utusan Online

Saya secara peribadi berbangga menjadi seorang warga kakitangan Kerajaan Malaysia walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah bahagi.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang dikenali pembela kakitangan kerajaan sejak menerajui Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran mahupun sebagai Perdana Menteri.

Namun persoalan saya apakah hala tuju perjuangan kepimpinan CUEPACS yang dilihat hanya memperjuangkan penambahbaikan bagi kakitangan sokongan sahaja. Adakah nasib kami lepasan universiti tidak layak untuk diperjuangkan?

Untuk makluman, golongan kami ibarat telah dijadikan anak tiri. Tuntutan pelarasan gaji yang diluluskan oleh kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, hasil perjuangan CUEPACS, telah menjadikan gaji antara kami lebih rendah berbanding gaji rakan yang tidak ke universiti.

Ini berlaku hasil gerakan mata gaji 25 peratus bagi kumpulan sokongan dan hanya 15 peratus untuk kami. Kemudian beberapa keistimewaan kenaikan pangkat dipermudahkan ke gred 32 dan sehingga ke gred 38 yang mana jumlah gaji hampir menyamai gaji Pengetua Gred DG 48!

Saya berpendapat kedudukan ini amatlah unik di mana golongan yang belajar tinggi mendapat gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak ke menara gading. Jika tidak, masakan heboh saban hari golongan guru DG 41 yang melanjutkan pelajaran meminta pihak berwajib menimbang kedudukan mereka yang rendah gaji, bukan oleh rakan yang sama keluar maktab, malah gaji junior dari maktab pun melebihi mata gajinya.

Memang lebih pelik jika berkhidmat di sekolah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, mahu pun DG 44, akan menerima arahan dan tugasan daripada pegawai di Pejabat Pelajaran yang mempunyai gred DG 29 atau DG 32 walau pun penstrukturan baru ada menunjukkan penambahan pegawai DG 41.

Berita terbaru menambahkan lagi keistimewaan kumpulan sokongan di mana 15 tahun berkhidmat automatik mendapat kenaikan pangkat. Itu belum lagi tuntutan yang akan dibuat untuk memohon penambahan Elaun Cola dan Elaun perumahan bagi kumpulan sokongan ini.

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan CUEPACS yang menjadi pembela golongan sokongan. Namun pastikan mereka itu menjadi nadi penggerak utama dasar dan menjadi penyokong setia kerajaan di waktu senang dan susah serta tidak menjadi duri dalam daging kerajaan pada waktu pilihan raya nanti.

RIDZUAN MAHMUD
Kuala Lumpur

19 comments:

Anonymous said...

Encik ini nak bezakan langit dan bumi,tak cukup lagi kah isu guru di bincang hari2 sampai ke kabinet?
hal staf sokongan pernah tak sebelum ini..
nak ugut pulak staf sokongan mesti sokong kerajaan masa pilihanraya...baik kamu jadi ahli politik aja,jangan jadi guru..
hal pilihanraya ,wakil rakyat yg penentu kemenangan,bukan habuan yg dijanjikan.

Anonymous said...

wahai cikgu-cikgu di Malaysia bersyukurlah janganlah nak bandingkan gaji guru masia ngan singapura bandingkan dengan anggota khidmat awam yg lainterutama kumpulan sokongan nie faedah nak sorang je,,ingat duit utuk kamu sorang je ke,sama kongsi rezki la beb

Anonymous said...

saya tak nampak apa salah nya dengan post encik ridzuan ni, malah saya juga menyokong beliau. Ayat2 sila bersyukur dan sebagai nya sudah acapkali didengar. Anda tidak berada di tempat encik Ridzuan dan rakan2 lulusan ijazah yang lain jadi anda tidak akan faham dengan situasi mereka. jgn lah hanya mengkritik sebaliknya beri lah peluang mereka menyatakan apa yg terbuku di hati. Harap cuepacs ambil tindakan sewajarnya kerana cuepacs bukan lah hanya untuk golongan tertentu sahaja tapi untuk SEMUA.

Anonymous said...

disebabkan untuk semua lah,kena perjuang nasib kumpulan lain juga ,,pernah kah awak bayangkan kebiasaanya kalau bermula N11,sampai tuala,begitu juga N17 dan lain-lain gred kumpulan sokongan,,time based cikgu automatik,,kalau time based kumpulan sokongan 15 tahun dan bukanya automatik spt cikgu-cikgu dah lah 10 tahun sahaja.apa-apapun bersyukur sgt sebab PM yg baru ini lebih menyeluruh,,takdelah terhad pada golongan bijak pandai sahaja.

Anonymous said...

Memang lah "Ayat2 sila bersyukur dan sebagai nya sudah acapkali didengar"
kerana HARI-HARI kena dengar rungutan,di kabinet,akhbar,internet dan setiap jenis media yg ada di negara ini..
Tapi kalau hal kakitangan sokongan sebelum ini,encik pernah dengar??

lepasan ijazah cuma belajar setahun..tp kecoh nak gaji besar,tak selesa terima arahan drpd guru yang berpengalaman yg gred nya rendah..

siraniep said...

Guru DG 41 kurang nak beri komitemen untuk kerja sosial secara amnya. Mungkin sebab kekangan kerja berbanding guru DG 29 dan DG 32 dan sebagainya.

Kurangnya berpesatuan dalam kelab guru seperti NUTP dan Cuepac mungkin menyebabkan suara mereka tak keluar.

Tak nampak saluran dan sebagainya. Cakap-cakap di blog tak dapat menjamin tuntutan guru DG 41. So balik sekolah draf elok-elok isu dan utarakan dalam persatuan dengan cara yang betul.

Harap cara tersebut dapat membantu

Anonymous said...

memang berbeza ,,gaji kumpulan sokongan dengan guru..kena ingat tak semua kumpulan sokongan takde sijil cuma takde sijil/diploma perguruan sahaja ,,,kumpulan sokongan N17 bermula dengan RM820.38 salahke nak didekatkan sikit dengan golongan guru ,,separuh pun tak sampai dari basic guru tau,,dah tentu ke anak anda akan jadi guru,,takkan masuk golongan kumpulan sokongan,,,hidup jgn terlalu dengki dengan rezki orang lain,nanti ditarik rezki anda melalui macam-macam cara yg Allah nak.......penat sgt ke jadi guru,,habistu orang lain tak penat..kalau jadi guru tu penat jadilah PAR,Cleaner,baru tau penat ke tak,,asyik kena maki guru sahaja,,,,,kalau suruh orang buat kerja mesti nak cepat tapi diri sendiri kalau terima arahan dari pihak atasan asyik merungut saja....semua serba tak kena....jual direct selling sempat pulakkkkk penat sebab mengajar ke sebab meniaga....jgn marah memang ramai saya tengok cikgu bisnis...kalau tak mana mampu pakai keta macam pengarah ye tak....gaji yg beribu-ribu tu bayar utang,,pastu tak cukup duit kena buat site income la,salah kan kerajaan tak cukup gaji konon,,kalau nak pakai kereta besar jangan makan gaji bisnes la....penat bisnes ke mengajar??????

Anonymous said...

setahu saya banyak cikgu bukan pangkah dacing pun,,nak cover cikgu lah tu.......terang-terang lebih pada separuh cikgu disekolah parti pembangkang dengki en ridzuan ni

Anonymous said...

nak suruh Pak Najib semak kat sistem CNI,Cosway,dan lain-lain direct selling yg sekufu dengannya, serta macam-macam jenis pelaburan yg suspen atau diharamkan banyak tak nama-nama cikgu tersenarai sebagai agen yg aktif berbisnes,,semak pakai i/c jgn pakai jawatan nanti ada yg tipu jawatan,kat ctu baru tau .....

Anonymous said...

en ridzuan yg pandai-pandai tuduh staff sokongan tak sokong kerajaan kenapa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
ntah-ntah dia yg jadi duri dalam daging ,aku dulu kini dan selamanya malayan union sape yg hidupkan...

tsc said...

kepada anonymous,
kenapa anda kata en ridzuan cakap yg bukan-bukan, apa yg beliau kata memang benar dan berlaku di malaysia.cuma satu negara saja iaitu malaysia di mana gred tinggi tapi dengan gaji rendah. pernahkah anda dengar guru lulusan unversiti dan tempoh bekerja lebih lama mendapat gaji lebih rendah dengan guru yang tidak berijazah malah mereka ialah guru yang lebih junior??? kalau anda tidak faham tanyalah kawan atau saudara kamu yang digelar golongan guru dg2941?
semua ini adalah disebabkan pelarasan gaji yg dituntut oleh cuepacs yang tidak adil pada tahun 2007. 25%kumpulan sokongan dan 15% kumpulan profesional. jadi berdasarkan kenyataan ini, saya rasa anda boleh menyuruh anak atau cucu saudara/i tidak perlu melanjutkan pelajaran ke u, setakat sijil atau diploma. ini adalah kerana sistem gaji negara kita di mana kumpulan sokongan bergaji lebih tinggi drp kumpulan profesional!!!!!!!!

Anonymous said...

encik tsc ada belajar matematik kah?
25% atas gaji POKOK staf sokongan yang sekerat tu berapa aja,
Nombornya aja besar...pernahkah luangkan masa duduk tengok jadual gaji kakitangan awam?Cetek sungguh kenyataan mengatakan gaji staf sokongan lebih besar dari guru..
Majoriti negara di dunia tak subsidi pendidikan..
moga2 Malaysia kelak hari kita juga begitu supaya kualiti pendidikan yg anak2 pelajari akan lebih mempunyai nilai kerana guru lebih berdaya saing dan bukan hari-hari siang malam asyik mengeluh hal gaji,pangkat,kuasa..

Anonymous said...

tamatkan saja perkhidmatan semua kakitangan sokongan..
guru kita semua berkebolehan,berbakat,berwawasan dan berkarisma,tentu mereka mampu buat tugas lain selain mengajar,seperti memotong rumput,membersih tandas dan kawasan,buat gaji,cuti,pangkat dan lain-lain..
aman Malaysia tercinta tak ada golongan lain yang dapat merampas HAK guru..

Anonymous said...

bukan kata bukan-bukan ,en ridzuan kan kata kumpulan sokongan 15 tahun automatik naik pangkat dah baca pekeliling ke sebelum kata tu,,,,kalau kumpulan sokongan naik gaji 15 % sama dengan kumpulan elit,berapa sgt yg dapat,,,basic gaji cikgu 3 bulan basic gaji kami pun belum tentu,lagi satu en ridzuan kata kumpulan sokongan belum tentu sokong kerajaan,,habis tu cikgu yg terang-terang pakai topi dan pegang sepanduk pas banyak tau masa pilihanraya,,belum lagi yg kita-kita aje tau cikgu tu memang penyokong pas.....
bukanlah saya nak kata kumpulan sokongan semua baik tapi sikap en ridzuan tu nak naikkan diri sendiri hingga terpaksa memburukkan/menjatuhkan orang lain tu yg kurang dipersetujui...kalau nak perjuang kan nasib kumpulan lulusan universiti silakan,,,,tetapi jgn lah sibukkan hal kumpulan orang lain (menabur pasir kat periuk nasi oranglah umpamanya,hanya kerana nak naikkan nasib sendiri)

Anonymous said...

nak jadi berilmu mesti ada pendidikan U,habis tu yg berpngalaman kerja bertahun-tahun tak boleh naik gaji ke hanya kerana tak masuk U...

Anonymous said...

Kepada En Ridzuan yg kurang brsyukur sila baca artikel dARI jpa



Maklum Balas: “Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal”
Jabatan Perkhidmatan Awam merujuk kepada surat Puan Nora, Besut, Terengganu bertajuk “Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 1 Jun 2009..
Jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) Gred DG41 tidak wajar dibandingkan secara linear dengan jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 memandangkan Gred DG41 adalah merupakan gred jawatan lantikan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional manakala Gred DGA32 adalah merupakan gred jawatan kenaikan pangkat dalam Kumpulan Sokongan.
Penulis perlu mengambil kira mata gaji paling tinggi dalam Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatan yang berkaitan iaitu bagi Gred DG41 sebanyak RM5226.19 (P3T27) manakala bagi Gred DGA32 pula sebanyak RM3700.20 (P2T11). Pegawai di Gred DG41 juga telah disediakan bayaran insentif, elaun dan kemudahan di atas kadar yang lebih tinggi. Ini bermakna pegawai di Gred DG41 mempunyai jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding pegawai di Gred DGA32.
Dari aspek kemajuan kerjaya pula, PPPS berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Jawatan Utama Sektor Awam berbanding dengan PPPLD yang hanya berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Gred DGA38. Kerajaan juga telah mengiktiraf pengalaman mengajar semasa di skim PPPLD dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji serta mengambil kira tempoh pengalaman tersebut untuk tujuan kenaikan pangkat secara time-based ke Gred DG44.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
5 Jun 2009

ahmad said...

En. Ridzuan perlu faham apa yang diperjuangkan oleh CEUPACS juga merupakan perjuangan kesatuan guru yang bergabung di bawah CEUPACS. Ini bermakna kesatuan encik juga berperanan dalam semakan gaji yang dibuat oleh CEUPACS.

Tak usahlah nak marahkan kepada kumpulan sokongan. Tidak benar mengatakan kumpulan sokongan berkhidmat 7 tahun automatik dapat kenaikan pangkat. Ada yang telah khidmat 24 tahun baru naik pangkat. Itu pun temuduga dulu, berjaya baru dapat.

Ada setengah negara sangat menghargai pengalaman seseorang itu, maka dibagi naik pangkat. Begitu juga dalam sektor swasta yang berpengalaman diberi peluang naik pangkat. Sebab pengalaman tidak diajar diuniversiti.

Anonymous said...

benci en ridzuan & sririzal

Guru Kesal DG44 said...

saya menyokong penuh dengan pandangan encik...saya sudahpun mengajar lebih daripada 20 tahun tetapi masih begaji rendah berbangding sahabat yang perada di PPPLD...