27 April 2011

TLDM dalam usaha naikkan gaji dan elaun warganya

KUALA LUMPUR 27 April – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam usaha menaikkan gaji dan elaun warganya sejajar dengan peningkatan taraf perjawatan dalam pasukan itu, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata, antara elaun yang sedang dalam pertimbangkan kerajaan untuk dipertingkat ialah bayaran insentif perkhidmatan kapal selam, bayaran insentif tugas stesen luar pantai, bayaran insentif bahasa asing, bayaran insentif pasukan khas dan bayaran insentif juruterbang.

Elaun baru yang dipertimbang untuk diwujudkan ialah bayaran insentif juruteknik pesawat, katanya dalam teks ucapan pada majlis perbarisan ulang tahun TLDM ke-77 peringkat Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh timbalan beliau, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Beliau berkata, usaha untuk meningkatkan elaun-elaun lain akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. – Bernama

1 comment:

Anonymous said...

xkan itu sj elaun yg naik. anggota lain pun keja jgk. belayar berbulan2 xda ka elaun. nampak sgt pilih kasih. negara kita bkn perang pun. krew kpl selam dok bg byk2 buat apa, belayar pun x. lagilah nak menyelam. lg bagus bg kat krew2 kpl yg meronda perairan negara. gaji xda pulak mintak naik.gaji sikit dlm payslip xboleh, tp gaji xjgk naik. buat klim pun asyik kena rejact. dah la semua pakai duit poket sndr.