20 May 2010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

Berita Harian

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

6 comments:

Ezzu Raza said...

Diharapkan kerajaan dapat membuat semakan secara menyeluruh.Memuaskan Hati semua pihak memang sukar, tetapi yang penting jangan ada yang dipinggirkan.

Anonymous said...

sebaiknya biarlah selaraskan kenaikan gaji biar semua rasa adil dan jangan seperti tahun 2007 yang lepas golongan profesional kurang berpuas hati. Harap semua gaji kakitangan awam disemak dan bukan kakitangan sokongan 1 dan 2 sahaja. kalau itu terjadi alamatnya gaji kakitangan sokongan tak jauh beza dengan profesional terutama yg gred41. sekarang pun kita boleh lihat ramai yg tidak mahu melanjutkan pelajaran ke IPT dan ada yang sanggup berhenti dari IPT kerana mendapat tawaran kerja, pertimbangannya "apalah nak dikejar dengan pendidikan, dapat kerja gaji tak jauh beza". lama kelamaan modal insan kat malaysia ni tak bermotivasi untuk meningkatkan pendidikan mereka. yang dah lama bekerjapun dah tak ada niat nak melanjutkan pelajaran. Harap kerajaan lebih bijak membuat pertimbangan.

kualam said...

Alhamdulilah andai itu yang di rencanakan oleh pihak kerajaan dalam memperkasakan Model Ekomoni Baru, namun ada baiknya kumpulan sokongan II yang tidak mempunyai Pendidikan seperti SPM di perkenalkan langkah yang proaktif kepada bidang Kemahiran Pertukangan seperti mana Persijilan Kemahiran Malaysia yang di bentuk berdasarkan kepada Kemahiran.

Persijilan tahap 1-3 (Sijil Rendah - Tinggi, 4 Diploma Kemahiran dan 5 Diploma Lanjutan selaras melahirkan modal insan penjawat awam yang berkarisma dan berketrampilan yang mana penjawat awam yang di bawah bidang tersebut dapat di angkat keperingkat yang lebih tinggi sebagai contoh Pembantu Am Pejabat yang mana boleh di angkat keperingkat Ketua Pembantu Tadbir seandainya menperolehi Diploma Kemahiran/Diploma Lanjutan yang lebih senonim kepada bidang Tadbir Urus.

Kini era globalisasi yang lebih berpaksikan kepada Skill seperti mana Negara Matahari Terbit.

Sekian. Pendapat dan pandangan

Anonymous said...

Saya tidak setuju jika jurang gaji antara kumpulan professional dengan kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam. Sedih sekali kalau kita lihat kakitangan yang berkelulusan SPM yang sudah berkhidmata hampir 20 tahun berkerja hanya menerima gaji kurang dari RM:2,000, walhal kakitangan yang berkelulusan ijazah baru setahun kerja terus menerima gaji lebih dari RM2,000.00Ini bermakna sepanjang mereka bertugas 20 tahun itu tidak diberi pengiktirafan sama sekali. Lebih-lebih lagi yang mempunyai Ijazah Am dalam perkhidmatan Pentadbiran. Kerja-kerja mereka orang Orang kelulusan PMR pun boleh buat. Pada pendapat saya kerajaan telah membuat kesilapan bila mengkelasifikasikan semua Jawatan Gred41 sebagai Pengurusan dan Proffesional. Langkah ini tidak tepat memandangkan Ijazah yang mereka miliki adalah bukan dalam kategori professional lain-lah jika seperti Doktor, Farmacy, Surveyors, QS, Akauntan , Lawyer dan kursus-kursus professional yang lain.

Anonymous said...

The dawn of darkness in Sarawak civil service.

Off late I saw lots of unhealthy practices happening in Sarawak civil service. The best example is what happened to friend of mine who hold a post of G41 for almost 30 years in the DOA. He was deprive of his opportunity to be promoted to G44 despite about to retire in a year time. Instead a fellow colleague who is much junior were promoted to G44 just because he is very close to one prominent politician. The sad thing is this younger guy had been charge in court for corruption & abuse of power and once made a headline in the National news before, but latter acquited by the court because he got the service of the best lawyer in Sarawak. My question to the JPA is ' Is it the policy of the Government to priorities giving promotion to corrupted officers and sidelined those who work with commitement and integrity like my unfortunate friend?

Anonymous said...

Diharapkan kerajaan akan memberikan lebih sedikit perhatian terhadap golongan pemandu,walaupun kerjanya nampak mudah tetapi tanggungjawabnya besar.Sebagai contoh bapa saya seorang pemandu dalam perkhidmatan awam kadang-kadang balik pukul 2.00am kadang-kadang 4.00am.Memang setiap pemandu di bolehkan claim ot tetapi kalau nak di kira gaji pokok tidaklah sebanyak mana rm yang dapat,ditambah lagi kalau ada saman semuanya kena bayar sendiri.Itu belum terpaksa menunggu berjam-jam lagi untuk seseorang pegawai itu habis mesyuarat.Tanpa pemandu kenderaan maka pegawai-pegawai akan membazirkan masa untuk mencari parking terutamanya di sekitar kuala lumpur dan di bandar-bandar besar lain,tanpa pemandu kenderaan juga jusa-jusa naik kereta besar bawa sendiri dan di mana gahnya jawatan jusa itu.jadi janganlah gred lain boleh naik gaji yang agak tinggi tapi gaji GRED R3 di abaikan seolah-olah GRED R3 ini tidak penting lansung.Sekian