09 September 2009

Cuepacs Berterima Kasih Kepada Kerajaan Atas Bantuan Khas Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.

Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.



-- BERNAMA

2 comments:

cikgu said...

mana keadilan?
kenapa sagu hati hanya diberi kepada kumpulan sokongan saja?
kumpulan profesional juga miskin khasnya dg41.
PM patut menilai melalui gaji, bukannya jenis kumpulan sokongan atau profesional.
contohnya kakitangan awam yg bergaji rendah dpd 2000, patut diberi sagu hati.
kenapa kumpulan profesional asyik jadi kambing korban saja, ingat pada tahun 2007, berlakunya ketidakadilan pelarasan kenaikan gaji(PAK LAH), sekarang pemberian sagu hati pula(NAJIB).
bilakah perkara ketidakadilan dapat diselesaikan lagi?
Mana prinsip "ONE MALAYSIA"?sedih sekali..............

My blog said...

'One Malaysia' walaupun sedikit, saya berterima kasih memandangkan keadaan semasa dan banyak perbelanjaan telah dikeluarkan kerajaan untuk memastikan perjalanan pilihanraya kecil aman dan selamat.