10 July 2007

JPA nafi dakwaan ‘pembohongan’

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Tan Sri Ismail Adam menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kegiatan ‘pembohongan terancang’ dalam pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang.

Beliau tidak mengaku berlakunya dakwaan itu berkata, beliau tidak memahami apa dimaksudkan Menteri Besar Selangor itu.

“Saya tidak faham dengan maksud ‘pembohongan terancang’....Siapa merancangnya? Saya tidak fikir begitu (I don’t think so), itu pendapat dia.

“Itu saya perlu tanya dia, baru tahu maksud dia... Beliau (Menteri Besar Selangor) perlu menjelaskannya secara terperinci,” katanya selepas pelancaran e-Pembelajaran di Intan, di sini, semalam.

Dr Khir Toyo selepas pelancaran Sistem Kad Prestasi untuk kakitangan dan pegawai kerajaan Selangor di Shah Alam, semalam, dilaporkan hairan pegawai dan kakitangan jabatan tertentu mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang.

“Rupa-rupanya ia dilaksanakan mengikut giliran supaya semua orang berasa walaupun pada hakikatnya tidak cemerlang dalam menjalankan tugas,” katanya.

Ismail berkata, prestasi anggota penjawat awam dinilai ketua jabatan dan melalui sistem diguna pakai Jabatan Perkhidmatan Awam, ia mempunyai penilai pertama dan kedua.

No comments: