21 November 2008

Pengambilan Kaum India Dalam Perkhidmatan Awam Naik Tujuh Peratus

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menambah pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam kepada tujuh peratus berbanding 3.5 peratus pada masa ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Katanya Abdullah mengeluarkan arahan tersebut apabila perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menutup persidangan kebangsaan mengenai Program Agenda Amalan Kerja Baik di sini.

Katanya Kabinet dan kerajaan komited bagi memastikan lebih ramai pemohon kaum India akan dipertimbangkan berdasarkan skop kerja dan merit.

-- BERNAMA

Putrajaya Holdings Berhad Gagal Tunaikan Janji

19 November 2008

Dewan Rakyat: Guru cemerlang tidak naik pangkat automatik

Berita Harian

Urusan kenaikan dilaksana berdasar perkhidmatan awam


KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang memperkenalkan dasar memberi kenaikan pangkat secara automatik kepada guru mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Katanya, urusan kenaikan pangkat guru dilaksana berdasarkan dasar kenaikan pangkat perkhidmatan awam.

"Bagaimanapun pencapaian cemerlang guru seperti itu adalah satu kelebihan dalam urusan yang membabitkan kenaikan pangkat," katanya menjawab soalan Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam).

Ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen sama, beliau berkata, sebanyak 32,234 jawatan kenaikan pangkat untuk kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah diwujudkan di seluruh negara berdasarkan anggaran belanjawan mengurus bagi 2009.

Katanya, kementerian melalui Bahagian Sumber Manusia juga akan berusaha mengisi beberapa jawatan yang belum dipenuhkan.

Cuepacs tidak ganjak pendirian boikot PTK

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Cuepacs yang tetap dengan pendiriannya untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini meminta kerajaan mengecualikannya kepada kakitangan awam yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata tindakan memboikot PTK bukan keputusan individu tetapi diputuskan Majlis Kongres Cuepacs yang diwakili 120 gabungan di bawahnya, minggu lalu.

Beliau mendakwa, selain kumpulan sokongan, pengurusan tertinggi, ketua jabatan dan ketua bahagian juga menulis surat kepada kesatuan menyatakan masalah mereka berhubung PTK.

"Kita bukan mengugut kerajaan tetapi menyampaikan rintihan pekerja. Mengapa perlu kenaikan pangkat dinilai melalui PTK. Itu sebab Cuepacs mahu ia dimansuhkan.

"Sebagai contoh, seseorang kakitangan awam itu bekerja hampir 30 tahun dan ini tidak bermakna dia tidak cekap bekerja apabila gagal dalam PTK.

"Kesatuan juga mendapat tahu mereka yang sudah lulus PTK masih belum mendapat kenaikan pangkat," katanya, semalam.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam meminta Cuepacs memikirkan semula keputusan awal mereka memboikot PTK kerana tindakan itu menjejaskan peluang kenaikan pangkat dan masa depan kakitangan sektor awam.

Sabtu lalu, Cuepacs mengancam untuk memboikot PTK jika kerajaan tidak memansuhkannya mulai tahun depan kerana mendakwa peperiksaan itu banyak memberi tekanan kepada anggota sektor awam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak akan memansuhkan peperiksaan itu dan meminta Cuepacs berhenti mengugut kerajaan berhubung isu PTK.

Osman berkata, kebanyakan kakitangan awam yang sudah berkhidmat melebihi 20 tahun berumur 40 tahun ke atas dan tidak wajar untuk mereka bersaing dengan golongan muda dalam menduduki peperiksaan PTK.

"Cuba anda bayangkan, seorang yang sudah berumur 50 tahun kita paksa dia menduduki peperiksaan PTK sedangkan dia sudah berkhidmat hampir 30 tahun dengan kerajaan... apakah dia tidak cekap bekerja sekiranya dia gagal PTK.

"Ini sungguh tidak adil, maka sebab itu kita membuat keputusan memboikot PTK... bukannya ugut kerajaan... beza antara ugut dan boikot," katanya

18 November 2008

Cuepacs Mula Kempen Bergerak Bulan Depan Bagi Jelas Isu PTK

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan kempen bergerak di seluruh negara mulai bulan depan bagi menjelaskan kepada kakitangan awam mengenai rasional di sebalik rancangan memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Presidennya Omar Osman berkata peperiksaan PTK yang tidak popular itu menjadi bahan perbalahan di kalangan kakitangan awam sejak ia diperkenalkan kerana peperiksaan itu tidak mencapai objektifnya.

Semalam, beliau mengumumkan tindakan CUEPACS memboikot peperiksaan PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan kerana tidak berpuas hati dengan respon dingin oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap isu itu.

Peperiksaan PTK itu wajib diduduki oleh kakitangan awam yang ingin dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

Bagaimanapun, Omar berkata amalan itu tidak menjamin calon yang lulus peperiksaan PTK dinaikan pangkat kerana ia bergantung kepada kekosongan jawatan.

Kajian rambang Bernama telah mengesahkan dakwaan Omar bahawa tidak ada kepastian calon yang lulus peperiksaan PTK akan dinaikkan pangkat.

Seorang pegawai kerajaan, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata beliau telah lulus peperiksaan PTK dua tahun lepas dan masih menunggu peluang untuk dinaikkan pangkat.

"Hakikatnya, paling mengecewakan pegawai bawahan saya telah dinaikkan pangkat dan kini menikmati skim gred gaji yang tinggi manakala tanggungjawab dan bebanan kerja saya semakin berat," katanya.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan (NUTP), sebagai ahli terbesar dalam CUEPACS, berkata rancangan CUEPACS untuk memboikot peperiksaan PTK sepatutnya sebagai langkah terakhir.

Walaupun bersetuju bahawa PTK tidak mencapai objektif yang diinginkan, setiausaha agungnya Lok Yim Pheng berkata kaedah pilihan perlu dicadangkan terlebih dahulu sebelum rancangan memboikot digalakkan.

Katanya NUTP akan mengadakan sesi sumbang saran secepat mungkin untuk mencari alternatif baru.

Dalam pada itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bernama (KPPB) menyokong tuntutan CUEPACS agar PTK dimansuhkan.

"CUEPACS melakukan tindakan yang betul bagi menjaga kepentingan kakitangan kerajaan. Kami berpendapat kerajaan perlu duduk dengan wakil-wakil kakitangan awam untuk mencari penyelesaian yang sesuai dalam isu ini," kata Yang Dipertua KPPB, Minggu Simon Lhasa, di sini.

Dalam kenyataannya, beliau berkata terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan peperiksaan PTK serta menjejaskan moral pekerja awam dalam kumpulan rendah.

Katanya rancangan memansuhkan peperiksaan PTK dapat menjimatkan wang kerajaan kerana setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk tujuan kursus, mengadakan peperiksaan dan mengupah konsultan luar, katanya.

81 Peneroka Tanah Dakwa Pegawai Tadbir Kedah Rampas Tanah Mereka

ALOR STAR, 17 Nov (Bernama) -- Seramai 81 penduduk kampung membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa tanah kerajaan seluas kira-kira 278.63 ekar di Padang Terap yang mereka usahakan lebih 20 tahun lepas dirampas dan diberi hak milik kepada sekumpulan pegawai kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mangsa Rampasan Tanah itu, Jafree Don berkata aduan tersebut dibuat di ibu pejabat BPR di Putrajaya tidak lama dulu.

"Fail kes itu baru dirujuk kepada BPR Kedah untuk siasatan," katanya kepada pemberita yang hadir bersama 20 orang pengusaha terbabit untuk memberi kenyataan di pejabat BPR Kedah di sini, Isnin.

Menurut Jafree tanah yang dirampas oleh pegawai KCS itu ialah di Ban Lok Koi, Padang Wat dan Sungai Sari ditanam dengan getah dan buah-buahan.

Katanya kesemua pengusaha terbabit juga telah membayar di Pejabat Tanah Padang Terap di Kuala Nerang wang proses sebanyak RM50 pada 2003 sebagai syarat untuk memohonan surat hak milik.

Pengusaha terbabit hanya mengetahui tanah tersebut diberi hak milik kepada pihak lain April lepas.

-- BERNAMA

MMEA Akan Jadi Agensi Penguatkuasaaan Maritim Tunggal Tidak Lama Lagi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) akan mengambil alih semua tugas penguatkuasaan agensi maritim lain untuk menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang maritim tunggal di negara ini tidak lama lagi.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar berkata agensi yang ditubuhkan pada 2006 itu akan mengambil alih semua tugas berkenaan secara beransur-ansur.

"Walaupun MMEA kini bekerjasama dengan agensi berkaitan maritim lain seperti Polis Marin, Jabatan Perikanan, Kastam dan TLDM, ia akan bertindak sendiri tidak lama lagi dalam tugas berkaitan penguatkuasaan maritim," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pembukaan pada Siri Syarahan Panglima Tentera Laut Asia Pasifik anjuran Institut Maritim Malaysia di sini, Selasa.

Dalam syarahannya, Abdul Aziz memperkatakan mengenai peranan TLDM dalam memelihara keselamatan maritim serantau dan menegaskan tentang perlunya negara anggota Asean dan negara di rantau Asia Pasifik terus bekerjasama dalam bidang pertahanan.

Beliau juga menegaskan tentang perlunya langkah pembinaan keyakinan dilaksana bagi mengurangkan potensi wujudnya kesan yang boleh menjejaskan kestabilan akibat pembinaan kekuatan maritim.

Ditanya mengenai perancangan TLDM, termasuk pemerolehan aset bagi meningkatkan keupayaannya, Abdul Aziz berkata TLDM sedang menimbang untuk mendapatkan kapal selam pelbagai fungsi.

"Kapal perang jenis ini amat diperlukan kerana ia boleh membantu tentera laut dalam membanteras kegiatan merampas kapal oleh lanun. Kami mendapat banyak pengajaran daripada kes rampasan kapal sebelum ini. Bagaimanapun, kami perlukan bajet besar bagi tujuan ini.

"Peperangan terhadap keganasan, lanun, penghapusan sumber perikanan, pemusnahan alam sekitar dan kegiatan haram di laut, kini semakin mencabar," katanya.

-- BERNAMA

Majlis Perbandaran Seberang Prai hampir muflis

Berita Harian

GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), satu daripada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang, hampir bankrap kerana keadaan kewangannya yang tenat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kedudukan kewangan MPSP membimbangkan kerana baki Kumpulan Wang Majlis mengalami penyusutan drastik kepada RM6.45 juta tahun ini berbanding RM225.02 juta pada 2000.

“MPSP hampir bankrap dan ini satu perkara yang serius," katanya pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada 2000, baki Kumpulan Wang MPSP ialah RM225.02 juta dan selepas itu bakinya terus mengalami penyusutan kepada RM196.26 juta pada 2001, RM160.41 juta (2002), RM130.52 juta (2003), RM89.23 juta (2004), RM33.79 juta (2005), RM32.37 juta (2006), RM25.99 juta (2007) dan RM6.45 juta pada tahun ini.

Bagi Bajet 2009, MPSP menyediakan bajet defisit apabila peruntukan perbelanjaan berjumlah RM160 juta berbanding hasil yang dianggarkan RM145 juta.

Satu lagi PBT di negeri ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membentangkan bajet berimbang bagi 2009 dengan peruntukan sebanyak RM221.84 juta.

Ketika membentangkan bajet negeri 2009 Jumaat lalu, Guan Eng berkata, kedudukan kewangan MPSP agak genting sehingga bajet PBT itu bagi 2009 tidak dapat memperuntukkan wang bagi pembangunan.

Berikutan itu, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menanganinya dan mengambil tindakan tegas ke atas punca ketirisan akibat daripada pentadbiran yang boros, menyalahi prosedur dan tidak berkepentingan awam.

Lim juga mahu bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, memberi penjelasan mengenainya.

“Sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap MPSP, beliau patut tahu apa yang berlaku dan tindakan diambil untuk mengatasi masalah itu,” katanya sambil menambah masalah itu bukan berlaku setahun dua.

Sambil menyifatkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis lebih RM200 juta sebagai sesuatu yang serius, Ketua Menteri mendakwa ia adalah angkara Barisan Nasional (BN).

Mengenai kenyataan Dr Teng supaya kerajaan negeri meneruskan pentadbiran bukannya menumpukan kepada sesuatu tidak perlu, Lim berkata: “Keadaan itu menjejaskan pentadbiran.”

Majlis Perbandaran Seberang Prai hampir muflis

Berita Harian

GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), satu daripada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang, hampir bankrap kerana keadaan kewangannya yang tenat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kedudukan kewangan MPSP membimbangkan kerana baki Kumpulan Wang Majlis mengalami penyusutan drastik kepada RM6.45 juta tahun ini berbanding RM225.02 juta pada 2000.

“MPSP hampir bankrap dan ini satu perkara yang serius," katanya pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada 2000, baki Kumpulan Wang MPSP ialah RM225.02 juta dan selepas itu bakinya terus mengalami penyusutan kepada RM196.26 juta pada 2001, RM160.41 juta (2002), RM130.52 juta (2003), RM89.23 juta (2004), RM33.79 juta (2005), RM32.37 juta (2006), RM25.99 juta (2007) dan RM6.45 juta pada tahun ini.

Bagi Bajet 2009, MPSP menyediakan bajet defisit apabila peruntukan perbelanjaan berjumlah RM160 juta berbanding hasil yang dianggarkan RM145 juta.

Satu lagi PBT di negeri ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membentangkan bajet berimbang bagi 2009 dengan peruntukan sebanyak RM221.84 juta.

Ketika membentangkan bajet negeri 2009 Jumaat lalu, Guan Eng berkata, kedudukan kewangan MPSP agak genting sehingga bajet PBT itu bagi 2009 tidak dapat memperuntukkan wang bagi pembangunan.

Berikutan itu, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menanganinya dan mengambil tindakan tegas ke atas punca ketirisan akibat daripada pentadbiran yang boros, menyalahi prosedur dan tidak berkepentingan awam.

Lim juga mahu bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, memberi penjelasan mengenainya.

“Sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap MPSP, beliau patut tahu apa yang berlaku dan tindakan diambil untuk mengatasi masalah itu,” katanya sambil menambah masalah itu bukan berlaku setahun dua.

Sambil menyifatkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis lebih RM200 juta sebagai sesuatu yang serius, Ketua Menteri mendakwa ia adalah angkara Barisan Nasional (BN).

Mengenai kenyataan Dr Teng supaya kerajaan negeri meneruskan pentadbiran bukannya menumpukan kepada sesuatu tidak perlu, Lim berkata: “Keadaan itu menjejaskan pentadbiran.”

Boikot PTK jejas peluang naik pangkat

Berita Harian

Kesatuan digesa fikir semula keputusan awal sebelum pulau peperiksaan

KUALA LUMPUR: Peluang kenaikan pangkat dan masa depan kakitangan sektor awam akan terjejas sekiranya Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan kerajaan meneruskan hasratnya untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Berikutan itu, Cuepacs digesa memikirkan semula keputusan awalnya itu sebelum memboikot peperiksaan berkenaan sekiranya kerajaan tidak memansuhkannya, tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata walaupun Cuepacs berhak untuk memberi pandangan dan cadangan mengenai perkara membabitkan kepentingan ahlinya, kesatuan juga perlu menitikberatkan masa depan kakitangan sektor awam.

"Cuepacs tidak seharusnya mengancam mahu memboikot PTK sekiranya ia tidak dimansuhkan pada tahun depan... ini akan hanya menjejaskan masa depan ahlinya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), wakil kesatuan dan beberapa agensi kerajaan berkaitan pekerja di sini, semalam.

Sabtu lalu, Cuepacs mengancam untuk memboikot PTK jika kerajaan tidak memansuhkannya mulai tahun depan kerana mendakwa peperiksaan itu banyak memberi tekanan kepada anggota sektor awam.

Presidennya, Omar Osman memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sistem itu atau tidak.

Dalam reaksinya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak akan memansuhkan peperiksaan itu dan meminta Cuepacs berhenti mengugut kerajaan berhubung isu PTK.

Subramaniam berkata, Cuepacs harus terus mengadakan perbincangan dengan JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhubung isu PTK dan bukannya menasihatkan ahlinya supaya jangan menduduki peperiksaan itu.

"Teruskan perbincangan untuk mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu yang dibangkitkan," katanya.

Complaints against public service on a sharp rise

The Star

KUCHING: The number of complaints against the country’s public service is on a sharp rise, said Public Service director-general Tan Sri Ismail Adam.

Based on Public Complaints Bureau figures, the number of public complaints had more than doubled in the past three years, he said.

“There were 2,707 complaints filed in 2005, and this increased to 3,397 in 2006 and 5,347 last year.

“For the first nine months of this year, 6,059 complaints have been recorded,” he said in a speech at the opening of the Public Service’s national Quality Control Circle (QCC) convention here on Tuesday.

His speech was read by his deputy Datuk Dr Ismail Alias.

Ismail said most complaints were related to abuse of power, corrupt practices, late or no action by officers, lack of enforcement and poor services.

The figures showed people’s increasing dissatisfaction with public services.

“The scenario paints a negative picture of the image and reputation of the public service,” he added.

Ismail said QCC teams could help address various issues raised by customers, adding that 28 QCC teams -- 14 each in the management and technical categories -- were taking part in the two-day convention.

In opening the event, Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan Hong Nam said the civil service had to “interface with new models of modern government.”

This would ensure that businesses and citizens benefit from improved delivery of government services, he said.

Dr Chan said civil servants should be open-minded and always be prepared to learn new skills and knowledge.

“If we do not have an open mind and always think that we are the best, then we will not be able to improve ourselves,” he added