02 March 2007

Pensyarah IPTA diarah isi maklumat direktori kepakaran

BANGI: Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan semua pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendaftar dan mengisi 15 maklumat utama dalam Direktori Kepakaran IPTA serta mengemaskinikan maklumat terbabit sekurang-kurangnya enam bulan sekali.


Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementerian akan menghantar surat kepada semua Naib Canselor setiap universiti untuk mengarahkan pensyarah mereka mengisi maklumat dalam direktori berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi merealisasikan sasaran maklumat semua ahli akademik sepenuhnya dapat disediakan melalui direktori yang menjadi sumber rujukan semua pihak mengenai rekod ahli akademik di seluruh negara.

Direktori Kepakaran IPTA itu dipercayai yang pertama di dunia menyediakan maklumat asas kepakaran ahli akademik di IPTA secara berpusat untuk rujukan semua pihak, termasuk orang awam.

Melalui direktori https://www.mohe.gov.my/malimsarjana, pengguna dari seluruh dunia berpeluang membuat capaian dan mengenal pasti ahli akademik dalam kepakaran tertentu serta mengetahui dengan jelas tokoh serta pakar sesuatu bidang penyelidikan.

Mustapa berkata, pewujudan direktori terbabit akan menjadikan universiti lebih bersifat mesra dan terbuka dengan memberi peluang kepada semua pihak mengenali kepakaran ahli akademiknya.

Selain itu, katanya, ia turut memberi peluang kepada orang ramai memeriksa status kelayakan seseorang ahli akademik yang mendakwa memiliki kelulusan kedoktoran.

�Semua maklumat dalam direktori ini dipastikan tepat dan semua pensyarah akan berasa tertekan jika tidak mengisi maklumat diri di dalam direktori ini kerana orang ramai akan sentiasa cuba mendapatkan maklumat mengenai kepakaran mereka.

�Pensyarah tidak boleh menipu kerana semua maklumat dalam direktori ini sentiasa dipantau dari aspek kebenaran serta keselamatan datanya,� katanya pada sidang media selepas pelancaran direktori itu, di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini 10,597 ahli akademik sudah mendaftar dan 5,301 daripadanya sudah mengisi maklumat lengkap termasuk biodata, kelulusan, bidang kepakaran, penyelidikan, sumbangan, harta intelek, anugerah keahlian badan profesional serta penerbitan.

Katanya, kementerian menjangkakan dalam tempoh sebulan, semua 15,000 ahli akademik seluruh negara akan mengisi maklumat terbabit dalam pangkalan data yang berpusat di Kementerian Pengajian Tinggi.

Setakat ini semua IPTA sudah mendaftar kecuali Universiti Kelantan dan Universiti Pertahanan Malaysia, namun arahan kepada dua universiti itu akan dikeluarkan.

Kementerian akan berbincang dengan semua rektor institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk turut sama mendaftarkan ahli akademik mereka di dalam direktori ini,� katanya.

Sementara itu, Mustapa turut mengumumkan pengwujudan Anugerah Akademik Negara (AAM) yang akan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik terbaik kerana sumbangan mereka dalam bidang akademiknya.

28 February 2007

Interaksi: Kadar gaji penjawat awam ukuran negara makin maju

Bersama M Thillinadan

PENGAKUAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan sedar Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ada alasan kukuh untuk meminta kenaikan gaji, sudah tentu menggembirakan lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini, khususnya kumpulan sokongan yang merangkumi separuh daripada jumlah itu.


Selain sedar semakan gaji kakitangan awam kali terakhir dibuat pada 1992, pelbagai faktor lain turut mendapat perhatian kerajaan khususnya kos sara hidup semakin meningkat, khususnya di kawasan bandar.

Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam, barang makanan dan keperluan dapur, serta dengan pendapatan purata kira-kira RM1,000 sebulan bagi kakitangan sokongan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, amat mencabar kehidupan harian mereka sekarang.

Tinjauan yang dibuat wartawan Berita Harian baru-baru ini membabitkan anggota polis berpangkat konstabel mendapati hidup mereka seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Dengan pendapatan purata RM1,200 sebulan, mereka terpaksa membayar sewa rumah RM400-RM500; kos persekolahan lima anak termasuk tambang bas sekolah (RM300), perbelanjaan dapur mencecah RM300.

Perbelanjaan itu tidak termasuk pinjaman bank yang perlu dibayar jika membeli kereta atau rumah sendiri, yang dilihat keperluan asas bagi keluarga Malaysia.

Akibat tekanan dan kesempitan hidup, mereka terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menanggung keluarga masing-masing.

(Untuk rekod gaji pokok pekerja am rendah kerajaan ialah RM480 sebulan, manakala konstabel baru RM690 sebulan).

Oleh itu, tidak mengejutkan apabila kita membaca berita, ada kakitangan awam terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, memandu teksi atau berniaga di pasar malam selain ada juga kakitangan wanita bekerja sambilan sebagai pelayan pelanggan untuk pendapatan tambahan. Ada juga dikatakan menjual diri untuk menampung gaya hidup mereka.

Tuntutan Cuepacs diperkuatkan lagi dengan hasil kajian Hewitt Associates, iaitu syarikat perunding sumber manusia berpangkalan di Amerika Syarikat, bahawa purata kenaikan gaji di Malaysia tahun lalu ialah 6.2 peratus, berbanding 5.6 peratus pada 2005.

Kajian itu menunjukkan gaji kakitangan sektor swasta terus meningkat walaupun bukan semua syarikat yang berbuat demikian, manakala kakitangan awam tidak menikmati kenaikan gaji sejak 15 tahun lalu.

Walaupun, dalam tempoh 15 tahun itu kita akui kerajaan prihatin dengan memperkenalkan elaun perumahan, elaun khidmat awam (EKA) dan elaun sara hidup (Cola), selain bonus tahunan, gaji pokok yang rendah meletakkan sebahagian besar kakitangan awam dalam kategori di bawah paras kemiskinan.

Ini mengejutkan bagi sebuah negara yang nilai dagangannya sudah mencapai RM1 trilion dan mengejar sasaran menjadi negara maju menjelang 2020.

(Mengikut cadangan Cuepacs, kenaikan gaji bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ialah lima hingga 10 peratus; Kumpulan Pengurusan profesional (Gred 41 hingga 54) 20 peratus; Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 hingga 40) 30 peratus dan Kumpulan Sokongan 2 (Gred 1 hingga 16) 40 peratus.) Jika diluluskan, kerajaan terpaksa menampung tambahan kos mengurus sehingga RM6 bilion.

Ada pandangan kadar semakan yang diminta Cuepacs, iaitu lima hingga 40 peratus amat besar dan akan membebankan kerajaan. Mungkin kadar yang lebih sesuai ialah antara lima hingga 20 peratus, dengan kakitangan sokongan menikmati kenaikan tertinggi.

Dengan spekulasi pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun dari sekarang, ada juga pandangan kerajaan akan menggunakan tuntutan Cuepacs untuk memancing undi.

Walau apapun pandangan diberikan, sudah ada tanda-tanda kerajaan mula berlembut isu semakan gaji walaupun pada mulanya menolaknya. Keadaan ini tentunya melegakan kaki tangan awam.

Malah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri dalam perhimpunan bulanan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, mengakui kerajaan perlu mengkaji permintaan Cuepacs kerana semakan terakhir dibuat lebih sedekad lalu.

Jika anggaran saya betul, kakitangan awam akan mendapat durian runtuh selewat-lewatnya hujung tahun ini, mungkin ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2008.

SPA, JPA perlu segera isi kekosongan jawatan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengatasi segera masalah kekosongan jawatan di dalam kerajaan yang sehingga kini masih belum terisi.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd. Zain berkata, kedua-dua agensi kerajaan itu perlu lebih proaktif untuk menangani masalah itu memandangkan bebanan kerja kakitangan sedia ada semakin meningkat.

Beliau berkata, antara kategori jawatan kosong paling kritikal ialah kategori kakitangan sokongan di dalam bidang pentadbiran selain badan beruniform seperti polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

‘‘Masalah ini telah berlanjutan lebih 10 tahun lalu dan Cuepacs amat memandang berat tentang isu ini selain semakan gaji. Kita percaya ia berlaku disebabkan terlalu banyak kerenah birokrasi di dalam sistem pengambilan kakitangan.

‘‘Akibatnya kakitangan sedia ada khususnya kumpulan sokongan menderita kerana terlalu banyak bebanan kerja. Lebih menyedihkan lagi gaji yang mereka terima ini tidak setimpal dengan bebanan yang ditanggung,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu utama yang akan terus diperjuangkan oleh Cuepacs dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Pada Julai tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan SPA dan JPA mempercepatkan proses pengambilan siswazah menganggur bagi mengisi kira-kira 30,000 jawatan kosong di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Menangani

Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah dalam usaha menangani masalah siswazah menganggur.

Ahmad Shah berkata, bidang perubatan juga antara bidang yang antara paling ketara kekurangan kakitangan.

‘‘Cuepacs sering menerima pelbagai rungutan daripada ahli kita yang mereka tidak cukup tangan untuk menyiapkan tugas yang diberi. Ketua Jabatan juga ada merungut yang mereka tidak cukup kakitangan.

‘‘Cuepacs tidak tahu apa yang dilakukan oleh SPA dan JPA selama ini sedangkan langkah itu merupakan salah satu cara yang boleh mengurangkan masalah pengangguran,’’ ujarnya.

Dalam pada itu Ahmad Shah melahirkan kehairanan kerana isu kekosongan jawatan di peringkat pengurusan tertinggi kerajaan tidak pula berlaku.

27 February 2007

Gandingan PTD dan PPPS jayakan misi pendidikan

Pendapat

MENTERI Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sebanyak 518 jawatan tambahan yang telah membuka perjawatan pegawai bertaraf siswazah di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Antara jawatan yang akan disandang PTD di JPN ialah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (KPP), yang sebelum ini dipegang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Pengumuman tersebut sekurang-kurangnya akan melenyapkan jawatan ‘sangkut’ di kedua-dua institusi itu. Selama ini banyak sekolah terpaksa mengorbankan tenaga pengajar di sekolah apabila guru-guru tertentu dipinjamkan ke JPN atau PPD tanpa adanya guru ganti.

Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang pada dasarnya tidak menolak usaha penyusunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu, telah menyuarakan rasa kurang senang kerana langkah tersebut dijangka menimbulkan masalah kekurangan jawatan selepas kenaikan pangkat para guru terutamanya dari Gred DG41 kepada DG44 untuk menyertai pengurusan baru JPN.

NUTP menggesa JPA mengkaji semula kewajaran penstrukturan itu yang boleh menyebabkan masa depan lebih 300, 000 guru di negara ini terbantut.

Jaminan

Bagaimanapun, Menteri Pelajaran kemudiannya telah memberi jaminan bahawa dua jawatan tonggak di JPN, iaitu pengarah dan timbalan pengarah akan tetap dikhaskan kepada PPPS, bukannya PTD.

Para Pegawai Pendidikan Siswazah sewajarnya tidak perlu terlalu bimbang tentang taraf dan perjawatan mereka kerana difahamkan lebih banyak jawatan pengetua cemerlang yang juga bertaraf Jusa C akan diumumkan tidak lama lagi. Ia peluang sangat istimewa dinikmati PPPS kerana pelantikannya terbuka yang diasaskan kebolehan dan keupayaan bukan mengisi kekosongan.

Dalam pada itu, saranan pihak NUTP yang berharap supaya semua jawatan Pengarah JPN diberikan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) perlu juga diambil kira kerajaan.

Perbezaan gred jawatan itu mengikut negeri tidak harus wujud kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang sama berat untuk dipikul.

Kita berharap keputusan kerajaan dalam menempatkan PTD di JPN dan kemungkinan diperluaskan ke rangkaian pendidikan lain seperti PPD dan sekolah itu tetap mengambil kira peluang dan sensitiviti PPPS. Kita percaya kemasukan PTD akan diterima dengan senang hati jika kedua-dua aspek itu dipelihara dan dikekalkan.

Kedua-dua pihak perlu berpegang kepada matlamat yang satu iaitu untuk menjayakan apa jua usaha membangunkan pendidikan negara, termasuk untuk program raksasa jangka pendek, iaitu menjayakan pelan pendidikan dan memperkasakan pendidikan luar bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kombinasi kepakaran PPPS dalam pengurusan pendidikan dan PTD dalam bidang pengurusan dan kewangan, pasti akan dapat memacu harapan kerajaan untuk melihat pendidikan negara mencapai kegemilangan termasuk di luar bandar.

Inilah sebenarnya yang menjadi hasrat kerajaan melalui teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang baru dilancarkan awal bulan lepas.

Dalam pada itu, penggemblengan usaha hendaklah berlandaskan permuafakatan dan bukannya pergeseran, pertelagahan atau curiga mencurigai antara satu sama lain tetapi, keberkesanan dan kemantapan perkhidmatan bagi semua urusan pendidikan perlulah diletakkan paling hadapan.

– WAN MARZUKI WAN RAMLI, Pasir Mas, Kelantan.

NUTP tolak penstrukturan semula JPN

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan penstrukturan semula Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang bakal diterajui Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, sebarang usaha untuk mengambil alih jawatan tinggi JPN oleh pegawai PTD pasti tidak dapat diterima oleh guru-guru.

“Ia seolah-olah satu permulaan untuk merampas semua jawatan dalam JPN. NUTP berpendapat perjawatan dan perkhidmatan harus diketuai oleh Pegawai Pelajaran kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut,’’ katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Isu penstrukturan semula JPN oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bakal menyaksikan penguasaan PTD dalam jawatan-jawatan utama menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

Rasa kurang senang juga timbul berikutan kekurangan jawatan untuk para guru terutamanya dari Gred DG41 kepada DG44 bagi menyertai barisan kepimpinan JPN.

Yim Pheng seterusnya mencadangkan agar lebih banyak jawatan DG44 diwujudkan supaya kumpulan itu dapat menjadi pelapis kepada kepimpinan di JPN.

Katanya, DG44 menjadi jawatan asas dan batu loncatan bagi guru-guru menguasai kemahiran dan menikmati kenaikan pangkat melalui proses pembelajaran dan pengalaman.

Dalam pada itu, NUTP turut melahirkan rasa tidak berpuas hati mengenai gred DG48 yang ditawarkan untuk sektor pendidikan Islam dan moral serta sektor pembangunan manusia.

‘‘Ketua sektor-sektor ini sepatutnya ditawarkan ke jawatan DG52 dan bukannya DG48. Niat kami hanyalah untuk menjamin peluang kenaikan pangkat para guru ditambah tanpa merampas hak pegawai-pegawai kerajaan yang lain,’’ tambahnya.

26 February 2007

Cuepacs keeps fingers crossed for review

IPOH: Cuepacs is confident that its call for a salary revision will be resolved at its meeting with Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi next month.

“We expect good news at the meeting,” Cuepacs president Omar Osman said of the meeting with the Prime Minister scheduled on March 6.

“We are certain that the Government can afford to review the salaries of civil servants,” he said after closing a union management seminar organised by the Domestic Trade and Consumer Affairs Enforcement Officers Union here yesterday.

He said a pay hike could lead to increased productivity and civil servants would not have to take on part-time jobs to make ends meet.

Omar said the meeting was also expected to discuss the move to extend the retirement age to 60, the pension scheme and the remuneration system.

He noted that Cuepacs would also propose a remuneration system based on years of service instead of the current performance review through the Efficiency Level Assessment.

Domestic Trade and Consumer Affairs Enforcement Officers Union president Rus Bakarurraini Shahfei, who was also present, said the Government should increase their allowance to RM350 a month like other enforcement agencies.

24 February 2007

NUTP: Hire more teachers in state education depts

By HARIATI AZIZAN

KUALA LUMPUR: The National Union of the Teaching Profession (NUTP) is asking for more teachers to be given the opportunity to serve with state education departments that are being restructured.

“Teachers with expertise and interest in administration should be given some room for leadership training by working in the state departments. This will prepare them to be good principals or for administration work in the ministry later,” said NUTP secretary-general Lok Yim Pheng.

The union, she added, commended the restructuring but felt strongly that some discrepancies and issues needed to be addressed before it was implemented.

“At the NUTP mid-term review meeting recently, our members unanimously passed a resolution to support the restructuring of the state education departments as announced by the Education Minister but on the condition that the JPA (Public Services Department) will review the plan and make some amendments, especially on the issue of promotions for teachers to work in the ministry,” Lok told reporters at the NUTP office here yesterday.

This included appointing officers with teaching experience as heads of sectors, streamlining the grade levels for administrative posts and giving equal status to all the state education departments and their directors.

“Teachers should be allowed to manage themselves – they understand the profession better, they know what their needs are and they know the real situation. Also, in the new restructuring plan, different state departments have different status although they may be overseeing the same number of schools and some posts have different grade level requirement. This needs to be reviewed and standardised,” she said.

The restructuring of the state education departments is the first phase of the Education Ministry's effort at tightening and improving the efficiency of its administration.

NUTP asking chance for more teachers to serve with education departments

By HARIATI AZIZAN

KUALA LUMPUR: The National Union of the Teaching Profession (NUTP) is asking for more teachers to be given the opportunity to serve with state education departments that are being restructured.

“Teachers with expertise and interest in administration should be given some room for leadership training by working in the state department. This will prepare them to be good principals or for administration work in the ministry later if they want,” said NUTP secretary-general Lok Yim Pheng.

The teaching union, she added, commended the restructuring but felt strongly that some discrepancies and issues needed to be addressed before it was implemented.

“At the NUTP mid-term review meeting recently, our members unanimously passed a resolution to support the restructuring of the state education departments as announced by the education minister but on the condition that the JPA (Public Services Department) will review the plan and make some amendments, especially on the issue of promotions for teachers to work in the ministry,” Lok told reporters at the NUTP office on Friday.

This included appointing officers with teaching experience as heads of sectors, streamlining the grade levels for administrative posts and giving equal status to all the state education departments and their directors.

“Teachers should be allowed to manage themselves – they understand the profession better, they know what their needs are and they know the real situation.

"Also, in the new restructuring plan, different state departments have different status although they may be overseeing the same number of schools and some posts have different grade level requirement.

"This needs to be reviewed and standardised,” she said.

NUTP also urged the PSD to create more posts at the state education departments for teachers under the DG44 category.

Kilasan: Pelantikan PTD perlu ambil kira sensitiviti penjawat PPPS

PENGUMUMAN 518 jawatan tambahan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, baru-baru ini, melakar sejarah kerana buat pertama kali membuka perjawatan pegawai bertaraf siswazah di jabatan pelajaran negeri (JPN) kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Antara jawatan disandang PTD di JPN ialah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (KPP), iaitu bukan jawatan baru tetapi selama ini ia disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Bagaimanapun, PPPS tidak perlu bimbang kerana Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa dua jawatan tunggak di JPN, iaitu pengarah dan timbalan pengarah tetap dikhaskan kepada PPPS, bukannya PTD.

Sekiranya berlaku sedikit ketidakpuasan mengenai kemasukan PTD ke JPN, tentulah di kalangan PPPS kerana ia dilihat sebagai pembuka pintu kemasukan lebih ramai pegawai kumpulan berkenaan dalam pen- strukturan pegawai peringkat tinggi di Kementerian Pelajaran secara keseluruhan.

Jika ini berlaku, ia petanda kepada pengucupan peluang PPPS dalam menjawat jawatan tinggi untuk pelbagai perjawatan di kementerian.

Ada pihak mengatakan pengambilalihan jawatan Ketua Sektor KPP seperti diumumkan itu menyebabkan pengurangan jawatan yang selama ini disandang oleh PPPS. Apakah PTD juga akan ditempatkan di pejabat pelajaran daerah (PPD) tidak lama lagi?

Kemungkinan PTD juga ditempatkan di institut perguruan dan sekolah menengah berasas, setidak-tidaknya mengisi satu jawatan bertaraf penolong pengarah atau penolong pengetua sama ada untuk salah satu jawatan penolong pengetua sedia ada atau pengwujudan jawatan baru yang bertanggungjawab khusus dalam bidang pengurusan dan kewangan.

Kita berharap keputusan kerajaan dalam menempatkan PTD di JPN dan kemungkinan diperluaskan ke rangkaian pendidikan lain seperti PPD dan sekolah itu tetap mengambil kira peluang dan sensitiviti PPPS. Kita percaya kemasukan PTD akan diterima dengan senang hati jika kedua-dua aspek itu dipelihara dan dikekalkan.

PPPS juga tentu mempunyai aspirasi sama dengan kerajaan dalam usaha membangunkan pendidikan negara, termasuk untuk program raksasa jangka pendek, iaitu menjayakan pelan pendidikan dan memperkasakan pendidikan luar bandar seperti diumumkan Perdana Menteri di Sabah, minggu lalu.

Kombinasi kepakaran pegawai sedia ada dalam PPPS dan kemasukan PTD yang mempunyai kepakaran tertentu terutama dalam bidang pengurusan dan kewangan itu adalah elemen yang sudah tentu dapat memacu harapan kerajaan serta rakyat untuk melihat pendidikan negara mencapai kegemilangan termasuk di luar bandar yang masih mempunyai jurang perbezaan.

Apa yang ingin dilihat ialah wujudnya penggemblengan usaha di kalangan dua kategori perkhidmatan kerajaan itu, bukan pergeseran, pertelagahan atau curiga mencurigai antara satu sama lain.

Sekiranya ada pegawai PTD ditempatkan di PPD atau sekolah kelak, hendaknya bukanlah kejayaan memperoleh jawatan itu menjadi keutamaan, tetapi keberkesanan perkhidmatan bagi semua urusan dalam bidang yang dikatakan mereka mempunyai kepakaran dan pengkhususan yang lebih berbanding PPPS. Peningkatan dan perubahan mesti berlaku supaya mereka tidak diperlekehkan.

Bagi PPPS sendiri, mereka tidak seharusnya curiga terhadap kemasukan PTD kerana kerajaan sentiasa berusaha menambahkan jumlah penyandang bagi jawatan sedia ada, termasuk pada peringkat tertinggi seperti penambahan kepada lapan Pengarah JPN bertaraf Jusa C daripada lima sebelum ini.

Sementara itu, difahamkan lebih banyak jawatan pengetua cemerlang yang juga bertaraf Jusa C akan diumumkan tidak lama lagi. Ia peluang sangat istimewa dinikmati PPPS kerana pelantikannya terbuka yang diasaskan kebolehan dan keupayaan bukan mengisi kekosongan. Justeru ia menyediakan kesempatan yang tidak terhad.

Pengumuman dan pelantikan baru di JPN dan PPD, kita berharap akan melenyapkan jawatan "sangkut" di kedua-dua institusi itu. Selama ini sekolah menjadi korban apabila ada guru dari sekolah lain dipinjamkan berkhidmat di JPN atau PPD. Guru berkenaan membantu mengurangkan beban kerja di JPN dan PPD, tetapi beban itu berpindah ke sekolah asal mereka kerana tiada guru ganti.

Malah perjawatan 'sangkut' ini bukan saja berlaku dalam kategori pegawai berijazah, tetapi pada peringkat pengurusan biasa seperti kerani yang dipinjamkan secara kekal oleh JPN atau PPD. Kita berharap perkara seperti ini diberi perhatian segera.

06 February 2007

Usia bersara dikaji

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia mengkaji cadangan melanjutkan usia persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun mengambil kira faktor peningkatan jangka hayat dan tahap kesihatan rakyat Malaysia sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ada kewajaran cadangan usia persaraan 60 tahun dikaji berdasarkan pembangunan negara serta kedudukan sektor perkhidmatan awam negara.

"Ada kewajaran kita mengkaji umur (usia persaraan 60 tahun), ambil kira jangka hayat lebih tinggi dari dulu, kesihatan lebih baik dan pengalaman yang ada.

"Itu adalah pengalaman yang sangat berguna yang masih diperlukan kerajaan... soalnya bagaimana kita lakukannya (melanjutkan usia persaraan), kita akan bincang demi masa depan perkhidmatan awam dan negara," katanya pada majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) 2007 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaacob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan serta Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga Presiden PPTD, Tan Sri Aseh Che Mat.

Perdana Menteri berkata, kedudukan sektor awam dan pembangunan negara pada masa ini bertambah baik.

"Memanglah kita tahu bahawa kalau kita tengok kedudukan pegawai pada hari ini, dengan pembangunan negara kita, memanglah jangka hayat makin bertambah, tahap kesihatan, kesihatan umum dan peribadi serta individu memanglah bertambah baik.

"Memang betul kita akui kalau umur 55 tahun memang muda lagi, malah 56 tahun, 57 tahun, 58 tahun, 59 tahun dan 60 tahun masih muda lagi," katanya sambil menambah umur 50 tahun boleh dianggap usia perdana individu berdasarkan kematangan yang dimiliki,” katanya.

Abdullah berkata, beliau secara ikhlas percaya usia 55 tahun dan 56 tahun adalah terlalu muda untuk bersara.

Beliau berkata, peningkatan dalam perkhidmatan awam akan memberi peluang kepada pegawai baru menyertai sektor itu walaupun jika usia persaraan dilanjutkan 60 tahun, lalu mengakibatkan masih ramai pegawai bekerja hingga mencecah usia pencen.

Sementara itu, Aseh ketika berucap berkata, persatuan mencadangkan usia persaraan kakitangan awam dilanjutkan kepada 60 tahun berdasarkan peningkatan faktor jangka hayat serta langkah beberapa negara asing yang membenarkan usia persaraan 65 tahun.

"Selain itu, kita meminta ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dihapuskan. PTK menjadikan perkhidmatan awam sebagai berorientasikan peperiksaan,” katanya.