18 April 2008

Cuepacs cadang kursus ganti peperiksaan PTK

Berita Harian

PUTRAJAYA: Cuepacs hari ini mencadangkan kaedah peperiksaan bagi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan awam digantikan dengan kursus.

Presidennya, Omar Osman, berkata kursus selama dua atau tiga hari boleh memastikan sistem penilaian lebih telus dan berkesan.

Beliau berkata Cuepacs juga mencadangkan kakitangan awam diberi kelonggaran untuk memmbawa buku rujukan dan buku peraturan bagi memudahkan mereka membuat rujukan ketika dinilai semasa berkursus tanpa perlu menghafal.

"Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini", katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, JPA pada dasarnya bersetuju dengan cadangan itu tetapi perlu menerima maklum balas daripada semua agensi kerajaan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Semalam, dalam pertemuan antara Cuepacs dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, antara lain, kerajaan pada dasarnya bersetuju kaedah peperiksaan PTK diubah. — Bernama

No comments: