tag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post7070184338551641464..comments2024-01-28T22:44:27.695+07:00Comments on Perkhidmatan Awam: Sebab tiada bonusUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post-89920353315712038682008-01-17T09:22:00.000+07:002008-01-17T09:22:00.000+07:00saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh pen...saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh penulis di atas. Pemberian bonus sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang sentiasa dihadapi di awal tahun terutama ibu bapa yang mempunyai tanggungan yang ramai. mungkin ramai yang memandang isu kenaikan gaji, lebih-lebih lagi masih panas diperkatakan iaitu bulan Julai yang lepas, tetapi perangkaan yang dibuat adalah sebelum kenaikan harga barang dan keperluan lain. Bayangkan kenaikan sesetengah harga barang yang melambung sehingga hampir 50%. Ini menjadikan kenaikan gaji baru-baru ini memberi kesan yang besar terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/12047303577483365194noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post-1773014833527169642007-09-11T08:24:00.000+07:002007-09-11T08:24:00.000+07:00TERLEBIH DAHULU, ucapan jutaan terima kasih kepada...TERLEBIH DAHULU, ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dalam membela nasib kakitangan awam, juga cuepacs yang bekerja keras memastikan kenaikan gaji lebih sejuta kakitangan awam kini terealisasi.

Namun isu bayaran bonus untuk tahun 2007 ini adalah satu isu lain selain daripada bayaran kenaikan gaji dan ia tidak wajar dilihat sebagai beri betis hendakkan peha pula. Mari kita lihat sudut mana betapa perlunya kakitangan peringkat rendah ini perlukan bonus tersebut.

Alhamdulillah, kakitangan rendah seperti saya ini menikmati lebihan gaji kira-kira RM350 dari gaji pokok asal RM1000. Namun dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal ini kenaikan RM350 sekadar mampu menyerap "kekurangan" dalam menampung kos sara hidup sebelum ini. Sementelah bagi saya yang mendiami kuarters Kementerian Pelajaran Malaysia, bukan sahaja kehilangan semua elaun perumahan malahan hilang sebahagian daripada wang Cola bernilai RM100 itu.

Ia ternyata jauh untuk membantu kami "melegakan" beban tanggungan perbelanjaan sepanjang bulan puasa apatah lagi hari raya. Ikhlas kata, pemberian bonus walau sedikit sebanyak amat kami perlukan dalam melegakan dua musim mendatang ini iaitu hari raya dan musim anak naik ke sekolah.

Mungkin berbeza bagi pegawai atasan yang memiliki pendapatan lebih RM4000 sebulan yang melihat isu bonus sebagai "dapat ok, tak dapat pun tak apa", tetapi kami kakitangan awam rendah ini sangat-sangat memerlukan pemberian insentif tersebut.

Kepada pemimpin negara yang kami sayangi, terima kasih di atas kenaikan gaji sebelum ini, namun renung-renungkanlah nasib kami di bawah ini. Kami faham kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan besar ketika membayar kenaikan gaji kami tempohari, namun pemberian bonus ini tetap kami perlukan dan kami tunggu.

Semoga Malaysia terus maju dan makmur, dan pemimpin negara kita terus diberikan kekuatan, kesihatan dan hidayah dari Allah untuk mentadbir negara, amin.Anonymousnoreply@blogger.com