tag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post6294621225742643248..comments2024-01-28T22:44:27.695+07:00Comments on Perkhidmatan Awam: Halang lelaki ‘lembut’ jadi guru tidak adilUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post-37252079670961796352010-01-24T16:41:18.307+07:002010-01-24T16:41:18.307+07:00ye la... kebayakkan la lelaki lembut yg dpt mengaj...ye la... kebayakkan la lelaki lembut yg dpt mengajar pelajar... dan lelaki yg konon2 macho 2 cume curi tulang... dapat ker melahirkan guru yg menjadi contoh... fikirkan la.... adoi ... cume satu sahaja jangan la sekat golongan lembut itu menjadi pendidik...tengku_syed fayzalhttps://www.blogger.com/profile/07435163529803466889noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7352367880397485550.post-34184019987328625292007-09-04T20:52:00.000+07:002007-09-04T20:52:00.000+07:00Salam kepada semua pembaca,Menghalang lelaki lembu...Salam kepada semua pembaca,
Menghalang lelaki lembut daripada menjadi seorang pendidik sememangnya tidak adil.
Saya mempunyai seorang pelajar yang 'lembut'. Dia seorang yang berhemah dan pandai mengambil hati. Sebagai seseorang yang memandang tinggi akan profesyen perguruan sudah pasti menjadi seorang guru yang berjaya adalah cita-citanya. Seringkali dia memuji para pendidik dan pujiannya sedikit sebanyak telah membuatkan hatiku 'kembang' dan merangsangkan diriku untuk lebih hebat di matanay sebagai seorang guru. Maklumlah, tidak ramai yang memandang tinggi profesyen ini. Lebih menyedihkan lagi guru dipandang sebelah mata sahaja oleh segelintir ibu bapa yang lupa bahawa golongan guru turut memberikan impak dalam hidup anak mereka. Bagi mencapai hasrat diri anak didikku ini, maka pergilah anak ini ke temuduga kemasukan maktab bagi pelajar lepasan SPM untuk sesi kemasukan 2007. Sekembalinya dari temuduga, dia mengadu kepadaku akan pengalaman temuduganya yang menyedihkan. Aku terkejut dengan kata-katanya, apatah lagi dia ada mengatakan bahawa dia telah rasa hilang hormat terhadap pensyarah yang telah menemuduganya. Apa tidaknya, ketika ditemuduga kedua-dua pensyarah wanita tersebut telah menyuruhnya untuk berjalan dalam bilik temuduga untuk melihat samada dirinya betul-betul lembut atau tidak melalui gayanya berjalan!!! Banyak juga kata-kata pensyarah tersebut mengguris hatinya. Namun begitu, anak didikku yang cekal ini tidak putus berdoa agar dirinya diterima untuk memasuki maktab perguruan. Sementara menunggu tawaran, dirinya sentiasa sibuk mengendalikan pelbagai aktiviti persatuan malah telah juga sempat untuk menaikkan nama sekolah dalam beberapa pertandingan. Memang aku akui bahawa lelaki 'lembut' mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. kemahirannya berinteraksi menyebabkan dirinya sentiasa kreatif dalam melaksanakan tugas dan peka terhadap keperluan-keperluan pelaksanaan projek. Bukankah ini merupakan antara ciri-ciri yang diingini dalam diri seorang pendidik? Ingatlah, untuk menjadi lelaki lembut bukanlah keinginan mereka, namun menjadi seorang guru yang berintegriti adalah harapan dan cita-citanya. Salah ke? Yang memalukan diriku ini adalah tindakan pensyarah tersebut yang sebenarnya telah memaukan diri anak ini.Wajarkah tindakan mereka ini? Adakah mereka telah dimaklumkan sebelum temuduga agar melihat cara lelaki 'lembut' berjalan sebelum membuat pemilihan?
Anak ini telah pun berjaya mendapat tempat dalam sebuah maktab yang terkenal di ibu kota walaupun kemasukannya lewat. Dia mungkin telah lupa akan insiden yang telah menimpa dirinya ketika ditemuduga, namun Cikgunya pula merasa amat terkilan kerana terdapat segelintir masyarakat (terutamanya pensyarah tersebut)yang memandang rendah terhadap golongan ini sedangkan pada hemat saya, golongan ini jiwanya lebih sensitif dan kebanyakkannya lebih berjaya daripada lelaki yang menggelar diri mereka 'macho' namun tak pun berjaya. Hanya tahu meramaikan lagi Mat Rempit ada....
Sekian sahaja untuk renungan kita.
Sekian.Anonymousnoreply@blogger.com