03 December 2007

Kami mohon elaun kritikal

Utusan Online

KAMI ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai elaun kritikal yang diberikan oleh pihak kementerian untuk pihak-pihak tertentu sahaja.

Mengapa tidak diselaraskan kepada semua kakitangan jabatan kesihatan? Mengapa hanya sesetengah pihak sahaja yang memperolehnya?

Mengapa pembantu perawatan kesihatan jururawat masyarakat, juru X-ray, juruteknologi makmal perubatan, jururawat gigi dan beberapa jawatan sokongan lain di jabatan kesihatan tidak dipertimbangkan?

Adakah kami juga, perlu berjuang seperti pembantu perubatan U29 dan jururawat U29 selama berbelas tahun? Adakah suara kami tidak cukup kuat untuk didengari oleh pihak atasan?

Adakah elaun kritikal yang diberikan kepada anggota yang berisiko tinggi dalam kerjanya sahaja, sedangkan kami juga daripada kalangan berisiko tinggi?

Pembantu perawatan kesihatan adalah orang pertama yang akan menerima sebarang risiko yang besar kerana mereka yang akan memandikan pesakit dan menjaga pesakit yang berisiko tinggi berpenyakit berjangkit seperti kusta, HIV, hepatitis dan sebagainya.

Manakala jururawat masyarakat pula dikatakan pembantu kepada jururawat dalam memberikan ubat dan suntikan kepada pesakit daripada kumpulan berpenyakit berisiko di samping terdedah kepada bahaya sekiranya mereka ini tercucuk jarum ketika merawat pesakit berkenaan.

Juru X-ray lagi berisiko tinggi kerana sering terdedah kepada radiasi sinar-X yang mungkin menyebabkan mereka terdedah kepada kanser yang boleh mengakibatkan maut.

Kebanyakan daripada kami, lebih terdedah kepada risiko yang merbahayakan nyawa jika kami mengendalikan pesakit yang berisiko tinggi.

Namun kami gagahkan juga, demi berkhidmat untuk rakyat. Ada di antara kami yang telah dijangkiti penyakit berbahaya ini dan ada juga di antaranya yang telah menghidapi kanser akibat terdedah dengan bahan kimia serta radiasi terlampau.

Ini kerana kami hanyalah kakitangan sokongan sahaja, jika ada apa- apa yang berlaku kepada kami maka tiada sesiapa pun yang akan prihatin, hanya sesama kami sahaja yang memahami keadaan yang perlu kami lalui.

Secara kesimpulannya kami sebagai kakitangan jabatan sokongan kesihatan juga berisiko tinggi, cuma kami bekerja di belakang tabir sahaja. Kami juga berkhidmat untuk negara memperjudikan nyawa kami. Tapi pengorbanan kami tidak dilihat kerana suara kami yang perlahan.

Justeru, kami berharap agar pihak tertentu dapat melihat risiko yang perlu kami tanggung dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Diharapkan elaun kritikal yang diberikan adalah secara adil dan saksama bagi semua pihak yang terlibat. Kami mohon pihak kementerian memberi perhatian terhadap masalah ini untuk kesejahteraan semua.

– TOLONG KAMI

Kuala Lumpur.

17 comments:

Anonymous said...

apelah nasib kita ni..kerja mcm nak mampos..tapi gaji kecik jer..nurse dgn ma lagi nyk gaji drp kita ni..sedih

Anonymous said...

rasanya awk ni x memahami apa itu elaun kritikal....elaun kritikal itu bukan lh brmksud tahap kerja yg bahaya...tetapi bilangan jwtn trsebut yg kritikal...mksdnya xmencukupi dan byk yg lari ke swasta atau luar negara...kta tgk MA dn nurse...dorg byk yg lari ke swasta dn offshore...sbb itu krjaan bgi elaun ini utk tahan dorg dri letak jwtn dn prgi keja swasta dn mybbkn blgn jwtn x mencukupi dn kritikal....tgk jm...ada kh dorg byk lari ke swasta atau negara luar? x kan....sbb tu jpa x bg...kalau nak mohon elaun dri tahap bahaya kerja...mohonlah elaun hazad.....

REEN said...

ELAUN HAZARD ? APALAGI ? PERTIMBANGKANLAH JGN DOK CAKAP JE.. ELAUN HAZARD PUN HAZARDLAH.. ITUPUN JPA BELUM TENTU NAK BERI.JM X LARI KE SWASTA MMG BETUL DAN JAUH SEKALI KE LUAR NEGARA, TAPI KALAU GOLONGAN JM INI TIDAK DIPERLUKAN BUAT APA COURSE TU DIWUJUDKAN? KENAPA TAK LETAK JE SN KAT KD? JADI JURURAWAT YANG TERSANJUNG DIMATA MASYARAKAT.HAH FIKIRLA..JGN PANDAI CAKAP JE

Anonymous said...

dah ada kerja tu patut bersyukur je la...kalu dah x puas hati sgt berenti la kerja...pi kerja yg rasa puas hati...susah betul mentaliti org gomen ni...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
heri harry said...

Penentuan perkhidmatan kritikal berdasarkan 4 kriteria utama, iaitu:
1.Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.
2.Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota yang terlatih.
3.Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut.
4.Keadaan persekitaran kerja

sumber dari http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/perbekalanskim/Kritikal.asp

watakungsi said...

pokemak betoll..aku pun gak elaun kritikal..aku tgk nurse ma pun tak der krikal nyer..kerja goyang kaki jer rata kat hospital..babi tul..moh kita ngudi pembangkang kalo camni

ahjuma said...

sedih jadi kakitanagn awam terpinggir ni..kesatuan tak kuat.tak der pembelaan.kerajaan pula syik nak bagi kelebihan kat cikgu,jururawat,polis,tentera..sedih doe

Unknown said...

dok knter tls2 report pn dpt elaun kritikal..kritikal la sgt...

Anonymous said...

sapa cakap MA, nurse goyang kaki mai laa ganti kami oncall kt klinik 365 hari setahun. rasa sikit mcmn rs xcukup tido org ketuk pintu umah tiap2 mlm kul 2,3 pagi. esok nk keje lg.. korang sedap2 tido mlm.. pui laa..

Anonymous said...

nak perjuangkan nasib golongan kamu,xperlu memperkotak katikkan golongan kami..perjuangkanlah sehabis mungkin..sy akan sokong..xperlu membandingkan tugasan kami..mahu sangat elaun kritikal tu, mai la isi jawatan kat spa..rasekan apa yang kami lalui.. jangan semata nak duit lebih, kamu bising macam tin kosong...sy dah rase keje kat hospital n KD... beza kritikalnya, jauh langit dengan bumi.kalu nak cita pasal gaji, kat luar negara lagi bbaloi..kerana tangungjawab pada keluarga kami masih disini..so, cakap jangan melangit sangat..

Anonymous said...

Jururawat keja kat wad.24 jam sehari.keja ikut syif.cuti bergilir2.tiada cuti tetap.melayan pesakit dengan semua anggota tangan dan kaki sentiasa bergerak.waktu tulis repot tu tak semestinya duduk.penatnya..kritikal tak semestinya bahaya.

Anonymous said...

Tu blom bab kne maki n kene saman dek patient...korang kje scan..xray...lain xde.. Bkn korg basuh n mandikan patient...korang x rhesus pt pon... Korg x dipersalahkan pon klu ade patient mati...ade pernah dgr patoian mati dek kerana mri??? Silap2 nk rhesus pt pon xtau..lg nk berkire...x paham konsep... Korang oncall skali sekale...weekend tetap cuti...stakat radiasi je...pakai la protector...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Molek..xfhm lg xthu la..

Unknown said...

Rasanya jawatan ini sudah tidak kritikal... lagi.. sbb ramai yang ingin kerja sekarang... elok la dicabut semua elaun kritikal ... jimat perbelanjaan kerajaan